FADHILAT PUASA RAMADHAN 0

Ummu Khaulah | 8/20/2009 08:38:00 PM |

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

politik oh politik 0

Ummu Khaulah | 7/31/2009 08:43:00 PM |

erm.. bila cakap pasal politik, sebenarnya ramai yg x tau apa itu politik dan kenapa mesti berpolitik... kenapa ada orang suka cakap pasal politik ... ada yg x suka... ada yg cakap perlu cakap.. ada yg bagitau x yah cakap... hidup macam biasa2 pun x pe....

Tp Allah ajar kita politik dalam ISLAM.. nampak x kat mana ALLAH ajar??
Cuba perhatikan solat yang kita lakukan setiap hari.Bukankan pemerintahan itu memerlukan 4 perkara:

1- imam ~ ketua
2- wilayah ~ tempat solat
3-makmum ~ rakyat
4- undang2 ~ undang2

cukup x??? ermm.. skarang kita tengok lagi.. dalam solat ada ketua dan rakyat. betul kan? Allah ajar lagi, rakyat perlu ikut ketua.. x leh langkah2. Dalam solat, makmum perlu ikut imam, mana boleh rukuk terlebih dahulu sebelum imam rukuk. Kalau buat sebelum imam buat, x sah la solat. jelas kan? ok kita tengok lagi... kalau imam baca salah atau contohnya tertinggal salah satu rukun solat, maka makmum kene la tegur.. macam tu jugak dengan dalam pemerintahan .. kalau ketua salah kene tegur.. ALLAH ajar kita macam tu.. sbab manusia x sempurna sering lakukan kesalahan. Tapi cuba tengok pemerintahan yg berlaku dlm negara kita.. siapa yang lakukan pemerintah seperti yg ALLAh ajar?? aduhhh ... susah sangat ke? ntah la... yg pasti nk lakukan seperti yg ALLAH perintah memang susah , tp kalau sebaliknya.. semua orang senang nak buat...

FIKIR SAMA-SAMA.... 0

Ummu Khaulah | 5/29/2009 12:59:00 PM |


tak yah la nk aktif sangat dengan politik, awak tu belajar lagi nanti kene tarik pinjaman atau biasiswa, kan susah nanti..

habis tu.. bila????

nanti2 la.. bila dah kerja...

yer ke?? nanti bila dah kerja.. tak yah la giat sangat .. nanti kene buang kerja.. tak pun, nanti kene hantar jauh2..

(senyap.. termenung)

bila dah ade anak nanti.. mesti cakap tak yah la.. nanti biasiswa anak kene tarik.. nak masuk universiti mana2 pun payah...
erm.. dah pencen ..dah tua...??? alasan nanti... mana larat nak gerak dah.. nak siram pokok pun tak larat..

Ni lah orang yang hidup .. tapi sebenarnya baik tak hidup..

termenung dan terus termenung....

Alasan lagi... manusia memang suka cipta alasan.. bila dah sekali cipta alasan, alasan jadi sebati dengan diri,
Kalau tak buat alasan diri jadi lemah agaknya.. macam tak makan nasi sehari... Ulama' berhari-hari tak makan ok je..

Mari sama-sama fikir.. untuk apa kita hidup?? dari kecil.. dewasa. kahwin.. ada anak.. ada cucu... lepas tu MATI...
mana tanggungjawab kita sebagai manusia..??? Bekalan apa yang nak dibawa untuk menghadap ILAHI???

Eh, saya solat la.. puasa, zakat pun saya bayar... tak pernah pulak derhaka kat ayah dan ibu..

Yup... tapi tanggungjawab sebagai khalifah??? macam mana?? selesai ke?


Diam lagi...


Jangan sampai terlewat... fikir apa sumbangan kita terhadap ISLAM.. selama kita hidup??
Apa yang dah kita buat untuk ISLAM.. bukan untuk diri kita.. ISLAm hari ini ditindas.. ada rasa sensitif tak?? ke tak nampak?? atau buat-buat tak nampak... Kita hidup mesti dalam jemaah.. bukan buat hal sendiri-sendiri je.. fikir pasal masa depan diri je. tapi tak pernah fikir pasal ISLAM... INGAT NANTI KITA AKAN DI TANYA.. MASA TU JAWAB LA.. JANGAN NANTI TERKIAL-KIAL...

Dalam hidup mesti ada sumbangan untuk ISLAM.. kalau tak banyak pun, sikit.. kalau tak tenaga, sumbangkan sedikit harta..
Ade oarang tanya kalau doa je tak boleh ke.. bukan tak boleh.. tp, itu perkara yang semestinya kita buat...

Pernah tengok tak cerita LASKAR PELANGI?? Ustaz kat dalam tu pesan, HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA.
BUKAN UNTUK MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA.Sangat mendalam maksudnya bagi orang yang mengerti..Kita tengok cerita, ambil lah pengajaran darinya dan sampaikan kepada masyarakat. Walaupun sekecil perkara pun. Ni pun kira sumbangan juga. Bukan tengok cerita, bila sedih.. menangis.Bila lucu ketawa. Habis tengok cerita, tak de apa-apa. Kalau ada pengajaran pun, pakai sorang-sorang.


Ingat, kalau kita lupa, tak kan dapat apa-apa. Tapi kalau kita sampaikan kat orang, orang akan guna.. kita
akan dapat pahala selagi mana orang tu guna. Mudah bukankan?? Nampak entri kali ni berlainan dari yang lain kan?? Saja nak ubah sikit cara, ikut mood. Semua orang berhak bagi pendapat selagi tak bercanggah dengan syariat..terpulang dengan ayat macammana dia nak guna..Dan apa yang ditulis di blog ini adalah pendapat pemilik blog..

Mogok lapar desak bubar DUN Perak 0

Ummu Khaulah | 5/25/2009 11:28:00 AM |

Pagi yang hening, ditambah pula dengan keadaan sedikit sejuk, walaupun musim panas telah berganti namun diri ini tetap seperti insan lain disini. Mengantuk.. tetapi perasaan tu tak boleh dikutkan sangat. Kalau di rumah, tidur diwaktu begini pasti abah n ma marah, lagipun yang peliknya di Malaysia tidak lah mengantuk sangat seperti disini. Mungkin tugas-tugas harian di rumah, ditambahpula dengan suara adik-adik yang tidak pernah sunyi buat diri tidak pernah rasa mengantuk selepas menunaikan solat subuh. tup..tap.. tup.. tap.. apalagi on pc la. pegang mouse click sana click sini... buka blog sahabat-sahabat dan baca entri-entri terbaru daripada mereka..

Erm.. peperiksaan kian hampir, namun isu semasa dalam negara dan luar negara tidak boleh dibiarkan seolah tiada apa-apa yang berlaku, sebagai mahasiswa yang berfikiran terbuka tidak harus hanya menumpu pada pelajaran semata-mata tanpa mengambil peduli apa yang sedang berlaku pada hari ini. Sewajarnya ihtimam pada berita-berita terkini. Mahasiswa bukan golongan yang hanya menerima tetapi sebaliknya sering mencari. Mencari di mana kebenaran yang hakiki. Justeru itu, sebagai seorang mahasiswa, walau dimana mana pun berada, apa yang berlaku pada hari ini harus diketahui. Penat mengulangkaji, berhadapan dengan kitab-kitab.. rehat sebentar sajikan diri dengan berita terkini. Tak rugi pun kalau baca berita, lebih rugi kalau tengok cerita..

Aduihh.. kes Perak lagi, masih tak selesai.. bukan mengeluh tetapi geram. Kenapa la tak buat pilihanraya semula? Kan lebih baik macam tu. Tapi macam yang kita tahu, UMNO PENAKUT.. takut hadapi kenyataan.. takut kalah.. takut malu... Bila rasa diri dah berkuasa lupa pada yang MAHA BERKUASA.. bila rasa diri hebat lupa pada yang MAHA HEBAT.. Astaghfirullah..bila fikir-fikir balik, negara kita bukan lagi demokrasi tapi macam KUKU BESI.. Mereka berhak buat apa sahaja tanpa mempedulikan suara rakyat. Dimana keadilan??? Entah sampai bila mereka begini. Mogok lapar seperti yang disarankan, harapnya dapat membuka mata mereka. Mencelikkan mata yang buta dari KEBENARAN..

surat dari kakak 0

Ummu Khaulah | 5/16/2009 04:56:00 AM |



aikkk.. awak ade kakak ke??

ade tapi kecik lagi .. baru tahun 6.. hehehe..

serius la..

yer la serius la ni.. adik yg tahun 6 tu memang family panggil kakak..

habis tu..ni surat dari dia ke?

hishh tak de la.. ni surat dari seorang kakak .. dia tu salah seorang ahli study group kami.. kira kakak la tu.. kakak orang tapi pinjam jap ..hehehe..

Terima kasih atas surat yg akak bagi ni.. moga semangat ini bertambah... Dan kita semuah najah di dunia dan akhirat.. Ameen..

selamat hari ibu... 0

Ummu Khaulah | 5/10/2009 03:40:00 PM |


mama...
selamat hari ibu.. terima kasih kerana membesarkan anak-anak mama..
didoakan agar mama di anugerah ibu mithali di akhirat kelak...

mama..
terima kasih atas segala-galanya.. mama lah guru pertama kami.. yang tak pernah jemu
mendidik dan tak pernah mengeluh dengan kenakalan anak-anakmu. Masih ingat ketika kami kecil. stiap malam mama akan check homework kami.Walau mengantuk macam mana sekali pun mama tak pernah lupa. Bila berada di sekolah menengah mama juga tak pernah lupa mengenai pelajaran kami. Adakalanya mama pegang buku kami kemudian buat kuiz spontan dan minta kami jawab. Kalau exam, mama akan minta kami jawab juga di kertas soalan sebab mama nak tahu berapa markah kami. Mama lah penguat semangat dikala kami lemah..
terima kasih mama..

Mama juga doktor buat kami.. di kala sakit, mama akan jaga kami dengan sebaik-baiknya.
mama tak pernah bosan dan mengeluh. Semua yang mama lakukan, mama tak pernah minta upah. Mama buat dengan ikhlas, sbab mama sayang kami..kasih sayangmu tiada bandingan.

Mama,
Doakan kami najah di imtihan dunia mahupun akhirat..
i Love u so much..

Anak Kedua Lebih Fleksibel 0

Ummu Khaulah | 3/24/2009 08:27:00 AM |


- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.


"Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap ‘sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

Berdikari dan degil

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel.

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak.

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

tak tahu... 0

Ummu Khaulah | 1/25/2009 08:34:00 PM |

Semua dah tidur..masakan tidak,jam sekarang sudah menunjukkan angka 4 pagi. Sunyi sepi Kaherah tidak seperti Mansurah. Kalau di Mansurah waktu begini sudah kedengaran suara kuda ataupun himar lalu ditepi rumah.Amu bangun pagi sangat. Pernah sekali lihat amu bawa banyak sayuran. Bagusnya pagi2 dah siap sedia. Semuanya kerana ingin mencari rezki untuk anak2 dirumah. Amu tinggalkan kuda atau himar di tepi rumah, kemudian ke masjid.Mesti dia qiamulail terlebih dahulu. Sebab waktu subuh lambat lagi. Dari segi luaran amu tak tak kaya, tapi tak pernah lokek senyuman.Tak pernah nampak amu mengeluh. Bibir selalu terkumat-kamit, pasti amu berzikir. Erm.. sekejap lagi mesti azan pertama. Azan pertamabukan azan subuh tapi azan untuk kejutkan orang untuk bangun qiam. Di Kaherah tak pernah dengar azan pertama. Salah satu kebanggaan berada di Mansurah. Walaupun kampung tapi tenang.kalau bulan Ramadhan, pagi sebegini mesti riuh suara orang. Dengar orang ketuk tin sambil jerit kejutkan bangun sahur. Di Malaysia?? Entahlah..agaknya kalau buat macam ni,mesti orang pelik.Tenangnya dengar azan subuh. Banyak masjid disini..jadi azan pun banyak. Teringat ustazah pesan, nanti kalau nak cari rumah sewa atau beli rumah, cari rumah yang berhampiran denganmasjid.Kalau jauh nanti tak dengar azan.Betul kata ustazah..dapat sangat rasa perbezaan tinggal di rumah yang berhampiran dengan masjid dan jauh dari masjid.Banyak sangat kelebihan azan.Ustazah kata suami dia selalu azan dalam rumah bila masuk waktu solat. Kadang2 dalam bilik, ruang tamu.Kadang2 di dapur. Kata ustazah lagi, syaitan dan iblis ada dimana2 sahaja. Mereka dah berjanji nak rosakkan keturunan Adam.


Masa kecil dulu selalu pelik tengok abah azan dalam rumah. Ingatkan azan di masjid sahaja. Kalauwaktu hujan lebat yang disertai guruh,kilat dan petir, abah akan azan banyak kali. Setiap kaliabah azan pasti kami hilang rasa takut. Abah memang seorang bapa yang baik. Masa kecil dulu pelikjuga tengok abah solat waktu malam.Sebab abah solat banyak rakaat. lepas tu sujud lama-lama.Sementara azan subuh abah baca quran ataupun kitab. Abah banyak sangat kitab. Kadang2 kalau abah tiada dirumah, selalu curi2 baca kitab abah. Abah bukan kedekut tapi dia tak suka kalau buat hilang. Abah banyak juga buku2 sirah. Pernah baca, Salahuddin al-Ayubi tak benarkan orang yang tidak solat malam berada di barisan hadapan di medan perang. SubhanaALLAh..besarnya fadilatsolat malam.Abah kata kalau kita buat 3 malam berturut2 pasti kita tenang dan rasa tak selesakalau tak buat pada malam berikutnya. Benar kata abah.


Qiamulail banyak fadilat. Andai tak mampu lakukan banyak rakaat, memadailah 2 rakaat. Andai tak mampu bangun waktu malam, lakukanlah sebelum tidur. Tapi jangan sesekali tinggal. Kalau amuyang sudah tua, jalan bongkok dapat lakukannya, apatah kalau orang muda. Jadikanlah solat sunatpenampung bagi solat fardu. Belum tentu dapat pahala penuh atas solat fardu yang dilakukan.Tolak khayal..tolak tak khusyuk..tolak fikiran melayang..solat fardu jadi berlubang.Fikirkan bersama..

Perang Gaza dan anugerah juara lagu 0

Ummu Khaulah | 1/23/2009 08:37:00 PM |

Setelah berbelas hari Gaza dibedil dan juga beribu rakyatnya menjadi mangsa kekejaman rejim zionis, orang Melayu beragama Islam di Malaysia yang sebegitu prihatin akhirnya tiba masa untuk mereka menghiburkan diri dengan agenda terkini TV3, "Anugerah Juara Lagu".
Iklan

Sebelum upacara yang menjurus ke arah maksiat ini dilaksanakan, mereka menghadiahkan Al-Fatihah buat mangsa perang di Gaza. Pelik tapi benar apabila mereka yang ingin berhibur berdoa pula untuk kebaikan saudara Islam di Palestin melalui ayat yang merupakan ibu segala surah.


Apakah rancangan Anugerah Juara Lagu ini pada 18 Januari 2009 terlalu penting hingga umat Melayu di Malaysia sanggup meneruskannya tanpa mempedulikan nasib saudara agama kita di Palestine?

Tidak bolehkah program hiburan seperti ini dihentikan atau ditangguhkan sementara menunjukkan kita turut insaf serta sedih dengan apa yang berlaku di Palestin?
Mengapakah umat Melayu ini sebegitu lantang bersuara mengenai nasib orang Palestin tetapi terus bergelumang dengan hiburan yang mereka anggap seperti nadi kehidupan mereka?
Tidak cukup lagikah rancangan hiburan di Malaysia ini dengan Akademi Fantasia, Mari Berdansa dan banyak lagi elemen hiburan yang tidak langsung menguatkan kita sebagai pejuang ke arah jihad?


Apakah masyarakat Melayu beragama Islam ini terus dibelenggu oleh hiburan selama?lamanya dengan bersikap sambil lewa terhadap perjuangan menuju ke jalan Allah, sehingga isteri Timbalan Perdana Menteri sanggup membazirkan masa menganugerahkan habuan kepada pemenangnya.

Salahuddin Ayubi pejuang dan ketua umat Islam sewaktu Perang Salib selalu melakukan rondaan untuk memastikan tentera Islam yang akan pergi ke medan peperangan melakukan solat pada waktu tengah malam dan pada tentera yang tidak melakukannya akan dilarang dari menyertai pertempuran keesokan harinya.
Ini perjuangan sejati tentera Islam di waktu itu. Apakah petanda bahawa umat Islam yang berbangsa Melayu di Malaysia begitu bersungguh-sungguh bersama rakan-rakan kita di Palestin?


Jika rancangan hiburan di media elektronik menjadi antara jadual penting kehidupan seharian maka kita telah tewas sebelum ditewaskan kerana inilah senjata anti-Islam yang paling senyap dan terlalu mudah.

Amat jarang sekali umat Melayu di Malaysia ini memanafatkan channel Astro 511 (CNN), 512 ( BBC ), 513 (Al-Jazeera), 519 (Bloomberg), 551 (Discovery), 553 (National Geographic), 555 (History) dan banyak lagi saluran maklumat yang memaparkan segala macam pengetahuan untuk kita miliki

. Peratusan kajian ada menunjukkan kadar orang Melayu yang menonton saluran-saluran maklumat ini hanyalah 4-6 peratus dari jumlah orang Melayu yang ada di Malaysia ini.
Umat Islam terutamanya di Malaysia patut mengembeleng tenaga dan fikiran untuk lebih berdaya maju dan dapat menguasai ekonomi didunia dan hanya dengan menimba ilmu sahaja kita dapat menguasai ini semua.


Tanpa ilmu kita bagaikan pohon kayu yang kekeringan dan lemah serta menunggu masa jatuh ke bumi. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat memboikot Zionis serta pakatannya secara agresif kerana mereka ini adalah tulang belakang sektor ekonomi dunia yang menentukan hala tuju ekonomi banyak negara maju di dunia ini.

Ilmu adalah harta yang paling bernilai dan ianya tidak akan habis digunakan. Jika orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih tidak mengendahkan ilmu maka kita mungkin akan menerima nasib yang sama seperti saudara kita di Gaza di kemudian hari kelak.
Sehingga hari ini tiada apa yang kita orang Melayu islam di Malaysia dapat melakukan yang mana boleh melemahkan rejim Zionis serta pakatan mereka. Hanya doa dan derma yang mana hanya Allah saja yang dapat menyampaikannya.


Sehingga hari ini juga kebanyakan orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih menjadikan saluran hiburan di media elektronik sebagai keutamaan kehidupan harian mereka dan semoga mereka dapat membaca artikel ini serta merubah cara hidup mereka. _

10 Muharam.... 0

Ummu Khaulah | 1/07/2009 08:08:00 PM |

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG terjadi PADA HARI TERSEBUTDari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS