Dalam keadaan rumah agak kecoh sedikit dek kelam kabut untuk bersiap ke diskusi kitab di markaz, tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit menambah keriuhan rumah pada pagi ini. Lantas kucari dari mana arah bunyi deringan itu, bimbang berbaur gusar kerana jarang menerima panggilan pada awal pagi. Punat berwarna hijau ditekan, jauh dari Alexandria kedengaran suara seorang lelaki yang amat dikenali. Degupan jantung bertambah laju, terbayang wajah Kak long yang sarat mengandung. Dibayangan fikiran mula tergambar perkara negative. Namun cepat ditangkis agar semuanya dalam keadaan baik.
Alhamdulillah, syukur kepada Khaliq berita yang didengari inilah yang dinanti. Bayi lelaki seberat 3.1 kilo selamat dilahirkan di Hospital Mabrah, Alexandria. Tahniah buat Along dan Kak long. Moga kehadiran bayi sulung sebagai pengikat jalinan kasih kebahagian kalian.
Lahirnya bayi kedunia dalam keadaan yang suci dan bersih, coraklah dia dengan bunga kasih sayang, bajailah dengan didikan agama yang kukuh agar menjadi insan hebat dan terpilih, bukan untuk dibangga, dipuji melambung tinggi tapi demi ISLAM, agama dijulang. Dalam mengharungi arus kehidupan dizaman mutaakhirin banyak perkara yang adakalanya tak tercapai dek akal. Kerosakan akhlaq semakin bertambah dari hari ke hari. Budaya barat di agung dan jika tidak ikuti akan dikatakan ketinggalan zaman. Teringat kata-kata teman, jika ingin mendidik anak, didiklah dengan corak kehidupan yang bakal dilaluinya pada masa hadapan, bukan corak kehidupan yang ada pada hari ini.
Moga bayi-bayi yang lahir pada hari ini bakal menjadi ulama' dan umara pada masa hadapan. Mentadbir bumi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah.
0 Responses So Far:
Post a Comment