Puasa pada bulan Ramadhandifardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimahyang telah 'aqil balighdan ketiadaan uzursyar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
erm.. bila cakap pasal politik, sebenarnya ramai yg x tau apa itu politik dan kenapa mesti berpolitik... kenapa ada orang suka cakap pasal politik ... ada yg x suka... ada yg cakap perlu cakap.. ada yg bagitau x yah cakap... hidup macam biasa2 pun x pe....
Tp Allah ajar kita politik dalam ISLAM.. nampak x kat mana ALLAH ajar?? Cuba perhatikan solat yang kita lakukan setiap hari.Bukankan pemerintahan itu memerlukan 4 perkara:
1- imam ~ ketua 2- wilayah ~ tempat solat 3-makmum ~ rakyat 4- undang2 ~ undang2
cukup x??? ermm.. skarang kita tengok lagi.. dalam solat ada ketua dan rakyat. betul kan? Allah ajar lagi, rakyat perlu ikut ketua.. x leh langkah2. Dalam solat, makmum perlu ikut imam, mana boleh rukuk terlebih dahulu sebelum imam rukuk. Kalau buat sebelum imam buat, x sah la solat. jelas kan? ok kita tengok lagi... kalau imam baca salah atau contohnya tertinggal salah satu rukun solat, maka makmum kene la tegur.. macam tu jugak dengan dalam pemerintahan .. kalau ketua salah kene tegur.. ALLAH ajar kita macam tu.. sbab manusia x sempurna sering lakukan kesalahan. Tapi cuba tengok pemerintahan yg berlaku dlm negara kita.. siapa yang lakukan pemerintah seperti yg ALLAh ajar?? aduhhh ... susah sangat ke? ntah la... yg pasti nk lakukan seperti yg ALLAH perintah memang susah , tp kalau sebaliknya.. semua orang senang nak buat...
tak yah la nk aktif sangat dengan politik, awak tu belajar lagi nanti kene tarik pinjaman atau biasiswa, kan susah nanti..
habis tu.. bila????
nanti2 la.. bila dah kerja...
yer ke?? nanti bila dah kerja.. tak yah la giat sangat .. nanti kene buang kerja.. tak pun, nanti kene hantar jauh2..
(senyap.. termenung)
bila dah ade anak nanti.. mesti cakap tak yah la.. nanti biasiswa anak kene tarik.. nak masuk universiti mana2 pun payah... erm.. dah pencen ..dah tua...??? alasan nanti... mana larat nak gerak dah.. nak siram pokok pun tak larat..
Ni lah orang yang hidup .. tapi sebenarnya baik tak hidup..
termenung dan terus termenung....
Alasan lagi... manusia memang suka cipta alasan.. bila dah sekali cipta alasan, alasan jadi sebati dengan diri, Kalau tak buat alasan diri jadi lemah agaknya.. macam tak makan nasi sehari... Ulama' berhari-hari tak makan ok je..
Mari sama-sama fikir.. untuk apa kita hidup?? dari kecil.. dewasa. kahwin.. ada anak.. ada cucu... lepas tu MATI... mana tanggungjawab kita sebagai manusia..??? Bekalan apa yang nak dibawa untuk menghadap ILAHI???
Eh, saya solat la.. puasa, zakat pun saya bayar... tak pernah pulak derhaka kat ayah dan ibu..
Yup... tapi tanggungjawab sebagai khalifah??? macam mana?? selesai ke?
Diam lagi...
Jangan sampai terlewat... fikir apa sumbangan kita terhadap ISLAM.. selama kita hidup?? Apa yang dah kita buat untuk ISLAM.. bukan untuk diri kita.. ISLAm hari ini ditindas.. ada rasa sensitif tak?? ke tak nampak?? atau buat-buat tak nampak... Kita hidup mesti dalam jemaah.. bukan buat hal sendiri-sendiri je.. fikir pasal masa depan diri je. tapi tak pernah fikir pasal ISLAM... INGAT NANTI KITA AKAN DI TANYA.. MASA TU JAWAB LA.. JANGAN NANTI TERKIAL-KIAL...
Dalam hidup mesti ada sumbangan untuk ISLAM.. kalau tak banyak pun, sikit.. kalau tak tenaga, sumbangkan sedikit harta.. Ade oarang tanya kalau doa je tak boleh ke.. bukan tak boleh.. tp, itu perkara yang semestinya kita buat...
Pernah tengok tak cerita LASKAR PELANGI?? Ustaz kat dalam tu pesan, HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA. BUKAN UNTUK MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA.Sangat mendalam maksudnya bagi orang yang mengerti..Kita tengok cerita, ambil lah pengajaran darinya dan sampaikan kepada masyarakat. Walaupun sekecil perkara pun. Ni pun kira sumbangan juga. Bukan tengok cerita, bila sedih.. menangis.Bila lucu ketawa. Habis tengok cerita, tak de apa-apa. Kalau ada pengajaran pun, pakai sorang-sorang.
Ingat, kalau kita lupa, tak kan dapat apa-apa. Tapi kalau kita sampaikan kat orang, orang akan guna.. kita akan dapat pahala selagi mana orang tu guna. Mudah bukankan?? Nampak entri kali ni berlainan dari yang lain kan?? Saja nak ubah sikit cara, ikut mood. Semua orang berhak bagi pendapat selagi tak bercanggah dengan syariat..terpulang dengan ayat macammana dia nak guna..Dan apa yang ditulis di blog ini adalah pendapat pemilik blog..