Tempat jatuh lagi dikenang 0

Ummu Khaulah | 5/29/2008 05:51:00 AM |

"Kita merancang dan Allah sebaik perancang". Tidak diduga dan tiada siapa sangka, akhirnya sampai juga kesekolah yang dirindu. Sebelum jejak kaki di bumi penuh barakah ini, pesan mama dan abah supaya belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan musim cuti dengan menyibukkan diri dengan dunia ilmu. Faham dengan maksud yang lebih tersirat iaitu pergi sekali dan balik juga sekali sahaja. Namun Dia lebih berkuasa menentukan segala hal, flight KUWAIT akhirnya membawa diri pulang bertemu insan-insan yang dirindui. Walau hanya sebulan bersama mereka buat hati cukup gembira. Saat sahabat-sahabat bergelut dengan kitab untuk menghadapi imtihan namun diri berada jauh di tanah air menghadapi perkara yang lebih penting. InsyaAllah, Robbuna yusahhil itulah kalimat yang sering bermain dibibir.

Ambil kesempatan atas masa yang ada, SMAM diziarah, melihat perkembangan jenerasi baru. Banyak perkara yang perlu diislah. Benar kata orang, akhir zaman anak muda amat sukar di didik. Kelab Badan Dakwah hanya pada nama sahaja. Masalah sosial semakin bertambah dari hari kehari. Lantaran rasa tanggungjawab, dengan kerjasama dua orang adik yang juga x-SMAM bersama tidak lebih 10 orang sahabat mereka, organisasi disusun. Perancangan diatur dengan teliti, walaupun tenaga kerja tidak ramai tambah pula dengan dugaan dan cabaran, namun usaha tetap usaha. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan bagi orang yang menolong agamaNYA, BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN ISLAM berjaya dilansungkan di sekolah tercinta. Harapan agar jenerasi yang bakal menghadapi dunia luar saban hari nanti tahu kehidupan yang hakiki.

"Akak, saya nak tanya satu soalan. Ada diantara senior, bila habis sekolah kemudian masuk IPT dan ambil course Pengajian Islam. Bila dah grade, kami jumpa dia tak pakai tudung dengan teman lelaki dia. Kenapa harus jadi begitu sedangkan dia belajar agama?"

"Mungkin faktor keluarga yang tidak kuat agama. Dan kemungkinan dia belajar atas permintaan keluarga bukan kehendak diri".

"Tapikan akak, walau macam mana sekalipun dia kan dah belajar hukum".

"Ya, memang benar. Kita boleh buat lagi kemungkinan dia jarang pergi kekelas dan tidak dapat belajar hukum2 yang sepatutnya dia belajar".

"Kalau macam tu kan akak, macam mana pulak dengan orang yang rajin belajar, siap sampai belajar kat Azhar lagi, tapi selalu keluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan hukum yang sebenar, contohnya Dr Masyitah".


Terkedu sebentar diatas soalan yang tidak diduga. Benar kata mereka, andai yang tahu hukum itu salah atau benar, tidak menjadi masalah tapi bagaimana dengan yang baru berjinak dengan islam. Mereka berpegang pada hukum tersebut tanpa mengetahui keadaan sebenar apatah lagi yang mengeluarkan hukum itu dari bibir mulut pelajar lulusan agama . Terasa kurang ilmu untuk di siram pada tunas-tunas baru bercambah yang dahagakan ilmu duniawi dan ukhrawi. Pesanan buat diri dan sahabat mantapkan ilmu fi sudur laisa fi kutub.

Bila jari bertemu KEYBOARD 0

Ummu Khaulah | 5/26/2008 05:49:00 AM |

Dah lama tak update blog ni, bukan tak ada masa jauh sekali malas. Tapi ada perkara yang lebih aula dan perlu didahulukan. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Kitab dan sahabat study group diletakkan dihadapan sekali. Terima kasih buat 'guru' yang paling banyak membantu sepanjang fatrah imtihan. Teringat pesan salah seorang sahabat " Jangan mantapkan ilmu & masyikan al-Quran kerana imtihan, tapi jadikan imtihan sebagai wasilah untuk kita mantapkan ilmu dan masyikan al-Quran". Teringat juga pesan adik di tanah air, gunakan masa sebaiknya di bumi anbiya', kutiplah sebanyak mana ilmu yang dapat kerana anak bangsa disana amat dahagakan ilmu agama.


Cuti musim panas kian hampir, ramai sahabat akan pulang bercuti ke tempat kelahiran bertemu keluarga yang dirindui. Terbayang wajah adik kesayangan, baru sebentar tadi chat namun hati tetap memuncak ingin bertemu dengannya. Seorang yang berpendirian teguh dan tabah menghadapi segala rintangan kehidupan. Malam ini, dia akan betolak ke Kelantan dari UPSI, Tanjung Malim. Katanya untuk belajar ilmu agama ALLAH di pondok Pasir Tumboh. Kagum dengan dirinya, walaupun sedih tidak dapat melanjutkan pelajaran dibidang yang diidamkan di Bumi Anbiya', sanggup buat apa saja demi menuntut ilmu rohani dan punya semangat yang kuat untuk mencurah bakti buat remaja hari ini. Sedangkan diri ini berada di kiblat ilmu hampir dengan sheikh yang mu'tabar, disana sini mudah untuk mendapat kitab-kitab yang 1st class namun adakalanya futur, mungkin kerana tidak merasa apa yang adik rasa. Izinkan diri ini mencuri sedikit semangat buat menghadapi liku hidup. Semoga kejayaan menjadi milik bersama, sayang..


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS