tak tahu... 0

Ummu Khaulah | 1/25/2009 08:34:00 PM |

Semua dah tidur..masakan tidak,jam sekarang sudah menunjukkan angka 4 pagi. Sunyi sepi Kaherah tidak seperti Mansurah. Kalau di Mansurah waktu begini sudah kedengaran suara kuda ataupun himar lalu ditepi rumah.Amu bangun pagi sangat. Pernah sekali lihat amu bawa banyak sayuran. Bagusnya pagi2 dah siap sedia. Semuanya kerana ingin mencari rezki untuk anak2 dirumah. Amu tinggalkan kuda atau himar di tepi rumah, kemudian ke masjid.Mesti dia qiamulail terlebih dahulu. Sebab waktu subuh lambat lagi. Dari segi luaran amu tak tak kaya, tapi tak pernah lokek senyuman.Tak pernah nampak amu mengeluh. Bibir selalu terkumat-kamit, pasti amu berzikir. Erm.. sekejap lagi mesti azan pertama. Azan pertamabukan azan subuh tapi azan untuk kejutkan orang untuk bangun qiam. Di Kaherah tak pernah dengar azan pertama. Salah satu kebanggaan berada di Mansurah. Walaupun kampung tapi tenang.kalau bulan Ramadhan, pagi sebegini mesti riuh suara orang. Dengar orang ketuk tin sambil jerit kejutkan bangun sahur. Di Malaysia?? Entahlah..agaknya kalau buat macam ni,mesti orang pelik.Tenangnya dengar azan subuh. Banyak masjid disini..jadi azan pun banyak. Teringat ustazah pesan, nanti kalau nak cari rumah sewa atau beli rumah, cari rumah yang berhampiran denganmasjid.Kalau jauh nanti tak dengar azan.Betul kata ustazah..dapat sangat rasa perbezaan tinggal di rumah yang berhampiran dengan masjid dan jauh dari masjid.Banyak sangat kelebihan azan.Ustazah kata suami dia selalu azan dalam rumah bila masuk waktu solat. Kadang2 dalam bilik, ruang tamu.Kadang2 di dapur. Kata ustazah lagi, syaitan dan iblis ada dimana2 sahaja. Mereka dah berjanji nak rosakkan keturunan Adam.


Masa kecil dulu selalu pelik tengok abah azan dalam rumah. Ingatkan azan di masjid sahaja. Kalauwaktu hujan lebat yang disertai guruh,kilat dan petir, abah akan azan banyak kali. Setiap kaliabah azan pasti kami hilang rasa takut. Abah memang seorang bapa yang baik. Masa kecil dulu pelikjuga tengok abah solat waktu malam.Sebab abah solat banyak rakaat. lepas tu sujud lama-lama.Sementara azan subuh abah baca quran ataupun kitab. Abah banyak sangat kitab. Kadang2 kalau abah tiada dirumah, selalu curi2 baca kitab abah. Abah bukan kedekut tapi dia tak suka kalau buat hilang. Abah banyak juga buku2 sirah. Pernah baca, Salahuddin al-Ayubi tak benarkan orang yang tidak solat malam berada di barisan hadapan di medan perang. SubhanaALLAh..besarnya fadilatsolat malam.Abah kata kalau kita buat 3 malam berturut2 pasti kita tenang dan rasa tak selesakalau tak buat pada malam berikutnya. Benar kata abah.


Qiamulail banyak fadilat. Andai tak mampu lakukan banyak rakaat, memadailah 2 rakaat. Andai tak mampu bangun waktu malam, lakukanlah sebelum tidur. Tapi jangan sesekali tinggal. Kalau amuyang sudah tua, jalan bongkok dapat lakukannya, apatah kalau orang muda. Jadikanlah solat sunatpenampung bagi solat fardu. Belum tentu dapat pahala penuh atas solat fardu yang dilakukan.Tolak khayal..tolak tak khusyuk..tolak fikiran melayang..solat fardu jadi berlubang.Fikirkan bersama..

Perang Gaza dan anugerah juara lagu 0

Ummu Khaulah | 1/23/2009 08:37:00 PM |

Setelah berbelas hari Gaza dibedil dan juga beribu rakyatnya menjadi mangsa kekejaman rejim zionis, orang Melayu beragama Islam di Malaysia yang sebegitu prihatin akhirnya tiba masa untuk mereka menghiburkan diri dengan agenda terkini TV3, "Anugerah Juara Lagu".
Iklan

Sebelum upacara yang menjurus ke arah maksiat ini dilaksanakan, mereka menghadiahkan Al-Fatihah buat mangsa perang di Gaza. Pelik tapi benar apabila mereka yang ingin berhibur berdoa pula untuk kebaikan saudara Islam di Palestin melalui ayat yang merupakan ibu segala surah.


Apakah rancangan Anugerah Juara Lagu ini pada 18 Januari 2009 terlalu penting hingga umat Melayu di Malaysia sanggup meneruskannya tanpa mempedulikan nasib saudara agama kita di Palestine?

Tidak bolehkah program hiburan seperti ini dihentikan atau ditangguhkan sementara menunjukkan kita turut insaf serta sedih dengan apa yang berlaku di Palestin?
Mengapakah umat Melayu ini sebegitu lantang bersuara mengenai nasib orang Palestin tetapi terus bergelumang dengan hiburan yang mereka anggap seperti nadi kehidupan mereka?
Tidak cukup lagikah rancangan hiburan di Malaysia ini dengan Akademi Fantasia, Mari Berdansa dan banyak lagi elemen hiburan yang tidak langsung menguatkan kita sebagai pejuang ke arah jihad?


Apakah masyarakat Melayu beragama Islam ini terus dibelenggu oleh hiburan selama?lamanya dengan bersikap sambil lewa terhadap perjuangan menuju ke jalan Allah, sehingga isteri Timbalan Perdana Menteri sanggup membazirkan masa menganugerahkan habuan kepada pemenangnya.

Salahuddin Ayubi pejuang dan ketua umat Islam sewaktu Perang Salib selalu melakukan rondaan untuk memastikan tentera Islam yang akan pergi ke medan peperangan melakukan solat pada waktu tengah malam dan pada tentera yang tidak melakukannya akan dilarang dari menyertai pertempuran keesokan harinya.
Ini perjuangan sejati tentera Islam di waktu itu. Apakah petanda bahawa umat Islam yang berbangsa Melayu di Malaysia begitu bersungguh-sungguh bersama rakan-rakan kita di Palestin?


Jika rancangan hiburan di media elektronik menjadi antara jadual penting kehidupan seharian maka kita telah tewas sebelum ditewaskan kerana inilah senjata anti-Islam yang paling senyap dan terlalu mudah.

Amat jarang sekali umat Melayu di Malaysia ini memanafatkan channel Astro 511 (CNN), 512 ( BBC ), 513 (Al-Jazeera), 519 (Bloomberg), 551 (Discovery), 553 (National Geographic), 555 (History) dan banyak lagi saluran maklumat yang memaparkan segala macam pengetahuan untuk kita miliki

. Peratusan kajian ada menunjukkan kadar orang Melayu yang menonton saluran-saluran maklumat ini hanyalah 4-6 peratus dari jumlah orang Melayu yang ada di Malaysia ini.
Umat Islam terutamanya di Malaysia patut mengembeleng tenaga dan fikiran untuk lebih berdaya maju dan dapat menguasai ekonomi didunia dan hanya dengan menimba ilmu sahaja kita dapat menguasai ini semua.


Tanpa ilmu kita bagaikan pohon kayu yang kekeringan dan lemah serta menunggu masa jatuh ke bumi. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat memboikot Zionis serta pakatannya secara agresif kerana mereka ini adalah tulang belakang sektor ekonomi dunia yang menentukan hala tuju ekonomi banyak negara maju di dunia ini.

Ilmu adalah harta yang paling bernilai dan ianya tidak akan habis digunakan. Jika orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih tidak mengendahkan ilmu maka kita mungkin akan menerima nasib yang sama seperti saudara kita di Gaza di kemudian hari kelak.
Sehingga hari ini tiada apa yang kita orang Melayu islam di Malaysia dapat melakukan yang mana boleh melemahkan rejim Zionis serta pakatan mereka. Hanya doa dan derma yang mana hanya Allah saja yang dapat menyampaikannya.


Sehingga hari ini juga kebanyakan orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam masih menjadikan saluran hiburan di media elektronik sebagai keutamaan kehidupan harian mereka dan semoga mereka dapat membaca artikel ini serta merubah cara hidup mereka. _

10 Muharam.... 0

Ummu Khaulah | 1/07/2009 08:08:00 PM |

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG terjadi PADA HARI TERSEBUTDari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS