Muharam... tahun baru... 0

Ummu Khaulah | 12/30/2008 07:22:00 PM |


Tahun baru..azam baru..kenapa tahun baru mesti ada azam baru? kalau x tahun baru orang x kecoh pun pasal azam baru..ntah la..ada orang kata sbab buka 'buku' baru, sbab tu lah kena ade azam baru. Ada ke orang xde azam baru..ada je.Tapi biasanya ada. Adik bongsu pun ada azam baru. Semalam call mama, mama cerita pasal azam baru adik.hehehe..lucu pulak. Sempena tahun baru adik azam x nak tinggal solat..bagusnya.Walaupun baru berusia 4 tahun tapi azam adik macam orang besar. Hurmm..yang lucunya, setiap kali nak masuk waktu solat adik mesti tanya mama. Lambat lagi ke? Cepatlah masuk waktu.. Semuanya gara-gara adik nak jadi orang first solat. Kadang-kadang x masuk waktu solat lagi adik dah pakai kain sembahyang. Sempena 1 Muharam, mama buatkan kain sembahyang baru untuk adik. Mesti cute kan bila adik pakai. Adik semangat sebab kain sembahyang baru ke azam baru ni? Adik je yang tau. Lebih2 lagi kalau waktu asar.. siap suruh mama pusing jam lagi. Dah jadi kebiasaan dirumah, Tidak dibenarkan keluar bermain selagi tak solat asar. Bagus jugak ada peraturan cam tu. Kalau tidak, payah jugak budak2 tu nak solat.

Adik..adik.. rindunya..Mama kata adik dh pandai membaca. Bagus.. Mama memang ibu yang bagus.. mama amat pentingkan pelajaran anak-anaknya.. tapi kan teringin nak suruh adikjadi macam dalam paper tu. Umur 4 tahun dah khatam quran.. dah mula hafaz quran.. bestnye.. bukan nak kata mama tak suruh adik jadi cam tu..tapi mungkin kurang pendedahan mengenainya buat mama kurang jelas. Tak mengapalah, Walaumacam mana pun.. Mama tetap ibu paling baik... ibu mithali..

Buat ibu2 muda, seimbangkanlah pelajaran anak2, baik ilmu dunyawi ataupun ukhrawi.. Ingat Allah tak tarik ilmu seseorang tapi DIA ambil nyawa oran yang hebat dalam ilmuNYA. Ini salah satu tanda akhirat kian hampir. Lihatlah di palestin.. berapa ramai orang hebat telah 'pergi'. Siapa lagi pewaris ilmu.. siapa lagi pewaris semangat mendaulatkan agama ISLAM.. kalau bukan anak2 kecil hari ini..Moga generasi yang lahir pada hari ini bakal menjadi menjadi Ulama'... memperjuangkan ISLAM.. menjaga ilmuNYA..Amin...

Selamat Hari Lahir - ke2 0

Ummu Khaulah | 12/19/2008 11:29:00 PM |


Selamat hari ulang tahun kelahiran kali ke dua buat afiqahafaf.blogspot. Hampir sebulan lebih tidak menulis. Semuanya gara-gara afiqahafaf.blogspot ‘sakit’. Entah kenapa bnyak sgt sakitnya kali ni. Alhamdulillah skrg hmpir sembuh dgn wajah yg baru. Namun tidak jauh beza dgn rupa dn pakaian yg dulu Cuma warna dan corak nya sahaja yg berbeza. Bukan tak mahu diubah semuanya. Namun hati ini masih saying.. Mungkin sikit masa lagi boleh berubah sepenuhnya..

Sekarang jarang benar dapat bersama, bukan kerana sudah bosan namun sang waktu sering mencemburi diri. Tidak pernah dinafikan pada ayat yang mengatakan ‘ Kerja yang perlu dibuat lebih banyak dari masa yang ada’. Pejuang islam tidak perlu mengeluh kerana disana ada hadiah yang lebih besar sedang menanti..Kalau seorang pekerja akan penat bekerja tetapi bila dibayangi wang ringit bakal menjadi milik untuk menyara keluarga penat pasti akan lenyap. Senyum pasti sentiasa terukir dibibir biarpun wajah di makan usia. Namun pejuang yang ingin menegakkan islam di mata dunia tidak perlu dibayangi dengan wang ringgit. Cukuplah dengan janji KHALIQ. Percayalah DIA tidak pernah mungkir janji.

Buat sahabat seperjuangan yang sedang sibuk menelaah pelajaran untuk imtihan yang kian hampir, bittaufiq.. moga beroleh nusrah dariNYA.

SAJAK BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG 0

Ummu Khaulah | 11/12/2008 06:58:00 AM |

BismiLLAHirrahmanir rahim..
(tak semena2 terjumpa sajak penuh makna ini . Khas buat isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang)

Isteriku...
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....
Apabila kurenung wajahmu....
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib
menyinsing.. .
Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.
Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...
Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu. ...
Hanyasanya untuk Islam...
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...
Pelbagai hiasan yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan
Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta
mahupun mengadu domba...
Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..
Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...
Isteriku...
Bukan aku tidak mampu membelikan barang dan hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan
suri dan seri kamar hatiku....
Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan
saudara tetapi dengan syarat..."..
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam. ...
Aku termangu sendirian...
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah?
Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit
Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...
Atau honeymoon di Kota Paris kah?..
Katakan... Aku mampu memberikan.. .
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...
Akhirnya...
Arghhh... Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri
yang kedua saudara?....
Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama
saudara yang lebih perlukan perhatian?.. .
Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi
segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...
Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana
Islam?..
Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...
Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....
Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila
perlu dan di'off'kan bila tidak....
Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan
kepada saudara kerana perjuangan saudara.....
Dan... mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang
pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?...
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...
Isteriku...
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda
mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu.. .
Kau jaga akhlakmu....
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek
tugasku menjulang
Islam ke persada agung....
Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan
aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku
pulang lewat malam....
Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus
thabat di pentas perjuangan ini....
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan
haruman kemenangan.. .
Isteriku...
Tangkasnya engkau selaku suri...
Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku
sayap kiri perjuanganku. .
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari
dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda
bersama masyarakat dan kaum sejenismu... .
Cekalnya engkau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait
serta para pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis
jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala
menjelangnya peperiksaan. ..
Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi
Islam...SEPERTIMU. ...WAHAI ISTERIKU

Ramadan peluang mengislah diri 0

Ummu Khaulah | 9/06/2008 05:56:00 AM |

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiyamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.


Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada mengaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan


* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.


* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.


* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.


* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.



* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.


* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.


* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.


* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.


* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.


* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.



* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.


* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.


* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.


Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatika kita.



Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan

Kezaliman terus berlaku... 0

Ummu Khaulah | 7/22/2008 05:54:00 AM |



Dah lama tak update blog ni. Bukan sebab malas jauh sekali lupa. Tapi tugas yang perlu dilaksanakan lebih banyak dari masa yang ada. Namun blog sebagai medan dakwah diatas pentas dunia globalisasi tak akan dibiarkan sunyi tanpa isi.


Berikutan program ISLAM INSIDE yang diajurkan oleh UPP BKMIP di Imarah Pahang menjadi bualan hangat dikalangan anak-anak Pahang yang menuntut ilmu di Mesir. Di hari kemuncak program iaitu sebelum kursus jenazah dijalankan kami dikejutkan dengan suara lelaki yang kedengarannya sedang mengamuk dari arah surau, dimana tempat kami berprogram pada hari itu.
Apa yang mengejutnya ialah pintu surau laluan akhawat dikunci. MasyaALLAH, sampai begini sekali cabaran yang kami hadapi. Sering terfikir dinegara luar penyebaran dakwah islamiah ditetang oleh pihak kuffar namun hari ini apa yang terjadi???? Satu bangsa satu agama yang menentang program ilmiah secara kasar.
Kami masuk surau melalui pintu library. Sekali lagi kami terkejut lambang PMRAM di banner hilang, mengikut cerita dari sahabat yang berada ditempat kejadiaan ketika berlakunya perkara tersebut. Lambang PMRAM dikoyak rakus, perkataan PMRAM disebelah perkataan hewi juga di buang. Selang beberapa hari semua iklan yang mengandungi lambang PMRAM ditampal disetiap sya'ah juga dibuang. Malah jadual Madrasah Imam Syafie yang berada dipintu surau akhwat juga dibuang oleh pihak yang menentang kebangkitan islam. Sedih program sebegini mendapat tentangan hebat namun kami teruskan juga walaupun dimarah dan dilontarkan dengan perkataan yang tidak sepatutnya didengari. Kekadang terfikir, seorang yang mempunyai akal takut pada helaian kertas yang tidak bernyawa. Lucu bukan? Namun itulah yang terjadi pada hari ini. Teringat pada pejuang ALLAH, Sheikh Ahmad Yasin digeruni oleh musuh biarpun lumpuh namun kata-kata yang dari bibir mulutnya buat musuh gentar menghadapinya. Ya Allah berilah kami kekuatan agar kami terus thabat dalam menghadapi mehnah dan tribulasi, demi menegakkan agamaMU.Amin.

surat dari seorang ibu yang sangat ter "mithali" 0

Ummu Khaulah | 6/18/2008 05:53:00 AM |


Beginilah jadinya bila nafsu merajai akal....

Mengenal Diri Sendiri 0

Ummu Khaulah | 6/12/2008 05:53:00 AM |



MENGAPA...

Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.

Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.

Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan sesuatu yang kau keluhkan.

Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa kaulah yang benar.

Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan.

Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk bekerjasama.

Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu perkara itu akan menyakitkan orang lain.

Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki banyak keburukan dalam dirimu sendiri.

Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu yang bererti.

Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak waktu yang berada didepanmu.

Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak dapat kau hindari.

Kita hanyalah manusia yang tidak sempurna, mempunyai kesalahan, berdarah, sakit hati, marah, sedih, senang, keras kepala, baik hati, dengki, dan semua emosi baik, dan emosi buruk.

Kita mungkin sering jatuh, dan banyak teman-teman kita yang akan mencuba memberi semangat pada diri kita, dan menghulurkan tangan pada diri kita, tetapi bila kita tidak mencuba untuk bangkit dan berusaha lebih keras untuk diri kita sendiri, maka sia-sialah apa yang diusahakan oleh teman-teman kita.

Diri kitalah sendiri yang dapat menentukan dan menilai diri kita sendiri bahadiri kita baik atau buruk, malas atau rajin, pemarah atau bukan pemarah, sedih atau gembira, tidak ada orang lain yang lebih mengenal dirimu selain dirimu sendiri, orang lain hanya dapat melihat dirimu dari penampilan, walaupun mereka dapat menilaimu, tetapi hanya dirimulah yang dapat menilai 100% dirimu, jika kau tidak dapat menilai perkara yang semudah ini, bagaimana kau dapat menilai orang lain.

Mengenal diri sendiri adalah perkara yang cukup mudah, bagaikan kolam yang dangkal dan keruh, jika kau menenangkan diri maka kotoran dalam air akan turun, dan terlihat dasar dari kolam tersebut. Tenangkan diri, dan lihatlah dalam hatimu, maka terlihatlah sifatmu, kenali, renungkan, perbaiki, maka kau akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Manusia suka bersangka-sangka 0

Ummu Khaulah | 6/02/2008 05:52:00 AM |


( sekadar gambar hiasan )


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... .

Tempat jatuh lagi dikenang 0

Ummu Khaulah | 5/29/2008 05:51:00 AM |

"Kita merancang dan Allah sebaik perancang". Tidak diduga dan tiada siapa sangka, akhirnya sampai juga kesekolah yang dirindu. Sebelum jejak kaki di bumi penuh barakah ini, pesan mama dan abah supaya belajar bersungguh-sungguh dan manfaatkan musim cuti dengan menyibukkan diri dengan dunia ilmu. Faham dengan maksud yang lebih tersirat iaitu pergi sekali dan balik juga sekali sahaja. Namun Dia lebih berkuasa menentukan segala hal, flight KUWAIT akhirnya membawa diri pulang bertemu insan-insan yang dirindui. Walau hanya sebulan bersama mereka buat hati cukup gembira. Saat sahabat-sahabat bergelut dengan kitab untuk menghadapi imtihan namun diri berada jauh di tanah air menghadapi perkara yang lebih penting. InsyaAllah, Robbuna yusahhil itulah kalimat yang sering bermain dibibir.

Ambil kesempatan atas masa yang ada, SMAM diziarah, melihat perkembangan jenerasi baru. Banyak perkara yang perlu diislah. Benar kata orang, akhir zaman anak muda amat sukar di didik. Kelab Badan Dakwah hanya pada nama sahaja. Masalah sosial semakin bertambah dari hari kehari. Lantaran rasa tanggungjawab, dengan kerjasama dua orang adik yang juga x-SMAM bersama tidak lebih 10 orang sahabat mereka, organisasi disusun. Perancangan diatur dengan teliti, walaupun tenaga kerja tidak ramai tambah pula dengan dugaan dan cabaran, namun usaha tetap usaha. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan bagi orang yang menolong agamaNYA, BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN ISLAM berjaya dilansungkan di sekolah tercinta. Harapan agar jenerasi yang bakal menghadapi dunia luar saban hari nanti tahu kehidupan yang hakiki.

"Akak, saya nak tanya satu soalan. Ada diantara senior, bila habis sekolah kemudian masuk IPT dan ambil course Pengajian Islam. Bila dah grade, kami jumpa dia tak pakai tudung dengan teman lelaki dia. Kenapa harus jadi begitu sedangkan dia belajar agama?"

"Mungkin faktor keluarga yang tidak kuat agama. Dan kemungkinan dia belajar atas permintaan keluarga bukan kehendak diri".

"Tapikan akak, walau macam mana sekalipun dia kan dah belajar hukum".

"Ya, memang benar. Kita boleh buat lagi kemungkinan dia jarang pergi kekelas dan tidak dapat belajar hukum2 yang sepatutnya dia belajar".

"Kalau macam tu kan akak, macam mana pulak dengan orang yang rajin belajar, siap sampai belajar kat Azhar lagi, tapi selalu keluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan hukum yang sebenar, contohnya Dr Masyitah".


Terkedu sebentar diatas soalan yang tidak diduga. Benar kata mereka, andai yang tahu hukum itu salah atau benar, tidak menjadi masalah tapi bagaimana dengan yang baru berjinak dengan islam. Mereka berpegang pada hukum tersebut tanpa mengetahui keadaan sebenar apatah lagi yang mengeluarkan hukum itu dari bibir mulut pelajar lulusan agama . Terasa kurang ilmu untuk di siram pada tunas-tunas baru bercambah yang dahagakan ilmu duniawi dan ukhrawi. Pesanan buat diri dan sahabat mantapkan ilmu fi sudur laisa fi kutub.

Bila jari bertemu KEYBOARD 0

Ummu Khaulah | 5/26/2008 05:49:00 AM |

Dah lama tak update blog ni, bukan tak ada masa jauh sekali malas. Tapi ada perkara yang lebih aula dan perlu didahulukan. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Kitab dan sahabat study group diletakkan dihadapan sekali. Terima kasih buat 'guru' yang paling banyak membantu sepanjang fatrah imtihan. Teringat pesan salah seorang sahabat " Jangan mantapkan ilmu & masyikan al-Quran kerana imtihan, tapi jadikan imtihan sebagai wasilah untuk kita mantapkan ilmu dan masyikan al-Quran". Teringat juga pesan adik di tanah air, gunakan masa sebaiknya di bumi anbiya', kutiplah sebanyak mana ilmu yang dapat kerana anak bangsa disana amat dahagakan ilmu agama.


Cuti musim panas kian hampir, ramai sahabat akan pulang bercuti ke tempat kelahiran bertemu keluarga yang dirindui. Terbayang wajah adik kesayangan, baru sebentar tadi chat namun hati tetap memuncak ingin bertemu dengannya. Seorang yang berpendirian teguh dan tabah menghadapi segala rintangan kehidupan. Malam ini, dia akan betolak ke Kelantan dari UPSI, Tanjung Malim. Katanya untuk belajar ilmu agama ALLAH di pondok Pasir Tumboh. Kagum dengan dirinya, walaupun sedih tidak dapat melanjutkan pelajaran dibidang yang diidamkan di Bumi Anbiya', sanggup buat apa saja demi menuntut ilmu rohani dan punya semangat yang kuat untuk mencurah bakti buat remaja hari ini. Sedangkan diri ini berada di kiblat ilmu hampir dengan sheikh yang mu'tabar, disana sini mudah untuk mendapat kitab-kitab yang 1st class namun adakalanya futur, mungkin kerana tidak merasa apa yang adik rasa. Izinkan diri ini mencuri sedikit semangat buat menghadapi liku hidup. Semoga kejayaan menjadi milik bersama, sayang..

~ 1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun. 2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah per 0

Ummu Khaulah | 4/13/2008 05:46:00 AM |


Selamat berseminar...

imtihan ... oh ... imtihan 0

Ummu Khaulah | 4/11/2008 05:48:00 AM |


Salam imtihan buat semua sahabat. InsyaALLAH najah. Robbuna yusahhil..

Tunjuk perasaan 0

Ummu Khaulah | 4/09/2008 05:49:00 AM |

PENDUDUK dan pekerja yang tidak berpuas hati membaling batu ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata sebagai membantah kenaikan harga barang dan kadar gaji yang tidak berubah di Mahalla El-Kobra, semalam. Penunjuk perasaan menyerbu dewan perbandaran, membakar tayar di atas jalan raya, membaling kerusi ke arah tingkap kedai dan mencuri komputer. Kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan dan 80 lagi cedera dalam kejadian di bandar tepi Sungai Nil itu. Sekurang-kurangnya 100 yang lain ditahan di merata-rata di seluruh Mesir, kata pihak berkuasa, ketika beribu-ribu penduduk ponteng kerja dan sekolah dan beratus yang lain membantah kenaikan harga makanan seterusnya mengakibatkan kemerosotan sektor pekerjaan. Hampir 40 peratus daripada 76 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan AS$2 (RM6.38) sehari. Harga barangan asas seperti minyak masak dan beras hampir dua kali ganda beberapa bulan kebelakangan ini, di tengah kekurangan meluas roti subsidi kerajaan.

Ramai rakyat Mesir di Kaherah memberi maklum balas terhadap gesaan tindakan di seluruh negara itu dengan ponteng kerja atau sekolah. Biasanya kedai ditutup di ibu negara ini dan keadaan lalu lintas tidak sesak berbanding biasa Gesaan bagi tunjuk perasaan di seluruh negara itu adalah cubaan besar-besaran pertama oleh kumpulan pembangkang untuk menukar kekacauan pekerja buruh pada masa lalu kepada bantahan politik meluas terhadap kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak. Tunjuk perasaan dan huru hara di bahagian utara berlaku dua hari sebelum pemilihan utama majlis tempatan, menyebabkan kerajaan gentar dengan membuat pengecualian duti import minggu lalu ke atas beberapa barangan makanan dalam usaha meredakan ketidakpuashatian ekonomi.

Kerajaan disokong Amerika Syarikat itu dengan tegas memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dilarang di negara ini, dan mereka yang terbabit biasanya ditahan oleh pasukan keselamatan Mesir

Ulama' dan umara', InsyaAllah 0

Ummu Khaulah | 2/14/2008 06:44:00 AM |

Dalam keadaan rumah agak kecoh sedikit dek kelam kabut untuk bersiap ke diskusi kitab di markaz, tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit menambah keriuhan rumah pada pagi ini. Lantas kucari dari mana arah bunyi deringan itu, bimbang berbaur gusar kerana jarang menerima panggilan pada awal pagi. Punat berwarna hijau ditekan, jauh dari Alexandria kedengaran suara seorang lelaki yang amat dikenali. Degupan jantung bertambah laju, terbayang wajah Kak long yang sarat mengandung. Dibayangan fikiran mula tergambar perkara negative. Namun cepat ditangkis agar semuanya dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, syukur kepada Khaliq berita yang didengari inilah yang dinanti. Bayi lelaki seberat 3.1 kilo selamat dilahirkan di Hospital Mabrah, Alexandria. Tahniah buat Along dan Kak long. Moga kehadiran bayi sulung sebagai pengikat jalinan kasih kebahagian kalian.

Lahirnya bayi kedunia dalam keadaan yang suci dan bersih, coraklah dia dengan bunga kasih sayang, bajailah dengan didikan agama yang kukuh agar menjadi insan hebat dan terpilih, bukan untuk dibangga, dipuji melambung tinggi tapi demi ISLAM, agama dijulang. Dalam mengharungi arus kehidupan dizaman mutaakhirin banyak perkara yang adakalanya tak tercapai dek akal. Kerosakan akhlaq semakin bertambah dari hari ke hari. Budaya barat di agung dan jika tidak ikuti akan dikatakan ketinggalan zaman. Teringat kata-kata teman, jika ingin mendidik anak, didiklah dengan corak kehidupan yang bakal dilaluinya pada masa hadapan, bukan corak kehidupan yang ada pada hari ini.

Moga bayi-bayi yang lahir pada hari ini bakal menjadi ulama' dan umara pada masa hadapan. Mentadbir bumi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah.

AKADEMI ARRASYIDIN 0

Ummu Khaulah | 2/09/2008 06:44:00 AM |

Dewan al Imam Syafie

Akademi Ar Rasyidin
B 632, Tingkat 1 Taman Emas
Jalan Beserah 25300 Kuantan Pahang

( Bersebelahan Tunas Manja Beserah )

Muslimin dan Muslimat dijemput hadhir
Sebarkan kepada semua

AKTIVITI SEMASA DI
AKADEMI AR RASYIDIN
Kuliah atau pengajian agama secara intensif akan bermula 1 Feb. 2008 ini. ( esok ) Saya sangat mengharap agar ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak khasnya masyarakat setempat.
Pengajian ini dihidangkan secara percuma kepada masyarakat dengan hasrat ianya benar - benar mampu dimanafaatkan oleh segenap lapisan masyarakat ke arah membasmi kejahilan dan meningkatkan penguasaan ilmu agama .

Akademi Ar Rasyidin dengan segala keupayaannya , cuba melakukan khidmat yang terbaik , semoga ianya tergolong dalam amalan yang soleh dan diterima Allah swt.

Segala kelemahan dan kekurangan , terlebih dahulu pihak Akademi Ar Rasyidin memohon maaf dan mengalu - alukan pandangan serta penambahbaikan demi kepentingan semua.
Buat masa ini , aktiviti tetap di Akademi Ar Rasyidin akan dijalankan di Dewan al Imam Syafie sebagaimana berikut :

Setiap Hari ISNIN ( malam selasa : Jam 7.30 pm )
Pengajian Tajwid dan Ulumul Quran.
Dibimbing oleh : Al Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria al Haafiz .
Setiap Hari SELASA ( malam Rabu : Jam 7.30 pm )
Pengajian Feqah Asy Syafie .
Dibimbing oleh : Al Fadhil Ustaz Zuridan bin Daud
Kitab berjudul : Feqh Minhaji . ( Karya Dr. Musthafa Bugho )
Setiap Hari RABU ( malam Khamis : Jam 7.30 pm )
Pengajian Tafsirul Quran.
Dibimbing oleh : Ustaz Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Kitab berjudul : Tafsir al Munir . ( Karya Dr. Wahbah az Zuhaili )
Setiap Hari JUMAAT ( Jam 5.00 pm )
Pengajian Feqh Wanita.
Dibimbing oleh : Ustazah Humaidah binti Daud
Keterangan lanjut mengenai aktiviti ini boleh hubungi kami di talian
019 - 984 8182 ( Nasrudin )
019 - 997 8427 ( Asyraf )
013 - 968 6002 ( Habibullah )

Sebarang sumbangan derma dan infaq saudara untuk menjayakan kelas - kelas pengajian ini sangat dialu - alukan dan ianya boleh disalurkan terus ke akaun Akademi Ar Rasyidin atas nama :
Ar Rasyidin Enterprise
06010000016106
CIMB ( Islamik Bank )

apakah sebenarnya??? 0

Ummu Khaulah | 1/26/2008 06:36:00 AM |


"Cikgu,saya nak balik".
"Aikk, sekarang baru pukul 11. Sekolah kan habis pukul 12?".
"Tapi, saya nak balik. Saya nak gi kat mama saya".

Puas cikgu pujuk. Adik tetap dengan pendiriannya. Akhirnya cikgu mengalah kerana adik menangis. Cikgu telefon mama suruh datang ambil adik. Dirumah, mama tnya adik kenapa boleh jadi macam ni. Adik cakap perkara benar. Adik tidak bergaduh dengan kawan. Cikgu juga tidak marah pada adik. Adik cuma nak balik rumah duduk dengan mama. Adik nak mati dekat mama. Hati ibu mana yang senang dengan pengakuan sebegitu. Segalanya mama cerita di talian. Mama minta pujuk adik ke sekolah kembali. Tapi adik tak mahu bercakap sehinggalah mama katakan disini ada baby nak bercakap dengan adik. (Kebetulan adik suka pada baby dan tidak sabar menunggu kelahiran bayi sulung abang kami).

Dapat bercakap dengan adik yang dirindui buat hati girang sekali. Tapi apabila diungkit pasal persekolahannya, adik senyap ditalian. Jauh disana, kedengaran suara adik pinta mama bercakap kembali kerana dia tidak suka perihal sekolahnya disebut. Sayu suara mama menceritakan keadaan anak bongsunya. Sudah 2 hari adik tidak kesekolah. Mama suruh doa Allah buka pintu hatinya untuk kesekolah kembali.

Terfikir aku sendiri, kenapa adik sebut mahu mati. Mungkin dia tahu ajalnya. Arghh!! Jauhkan dari tekaan ini. Dua hari kemudian, nombor telefon rumah didail lagi. Alhamdulillah, adik sudah kembali ke sekolah. Tapi mahu diteman. Pelik, kerana sebelum ini adik tidak mahu mama menunggunya diluar kelas. Masih ingat ketika hari pertamanya disekolah, dia minta mama pulang kerana dia gembira punya kawan yang ramai. Adik peramah dan mudah bergaul dengan orang. Tapi kini, adik mahu mama tunggu diluar kelas sepanjang hari persekolahnnya. Kata adik, dia takut orang jahat. Mungkin adik terkesan dengan kes2 penculikan yang semakin bertmbah dari hari ke hari. Yang keluar di akhbar hanya segelintir sahaja.

Benar kata adik, polis bukan tangkap orang jahat. Polis hari ini sudah tidak menjalankan pekerjaannya dengan baik. Lain tugas yang patut dilakukan, lain yang mereka lakukan. Polis hari ini tidak lagi menjalankan keamanan negara sebaliknya hanya menjaga keselamatan Sang Pemerintah yang sentiasa takut dirinya digugat. Berapa banyak orang yang sepatutnya ditangkap tidak ditangkap. Berapa banyak orang sepatutnya tidak ditangkap tapi ditangkap. Undang2 digubal mengikut selera sendiri. Segalanya untuk kepentingan diri. Malaysia sudah tidak aman lagi. Kepada hati yang menyintai keamanan bangunlah dari mimpi yang lena. Jangan biarkan mulut terus dikunci. Telitilah apa yang terjadi pada tanah kelahiran kita pada hari ini.

Heran dengan dunia hari ini 0

Ummu Khaulah | 1/22/2008 06:38:00 AM |

Kalau dulu aku tidak pernah hiraukan keadaan sekelilingku. Masakan tidak selepas aku berpindah sekolah dari Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyah Darul Iman,Trg (sekolah Us. Abu Bakar Chik) ke Sek Men Agama Maran, aku rasa hidup aku hanyalah untuk mencapai kejayaan didalam peperiksaan. Semunya untuk mengembirakan Mama dan Abah. Hidup aku dengan buku dan aktiviti sekolah sahaja. Berbeza skali dengan kehidupan aku di MTT, walaupun sekolah tu baru dibuka tika itu, namun aku bersyukur kerana ilmu disitulah yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Disana aku bukan sahaja tumpu pada sukatan pelajaran tapi lebih dari itu. Siapa yang tidak suka apabila pengisian rohani tidak pernah kosong. Tamrin dan usrah, sentiasa aku tunggu. Jaulah dan rehlah tetap ada buat kami tak jemu menuntut ilmu. Aku masih ingat kata ustazah Wan Sabariah, tamrin dan usrah bukan untuk mendera tapi semuanya mengajar kita erti dunia sebenar, Jaulah dan rehlah bukan untuk bersuka ria tapi ingat kalam Khaliq.. berjalanlah kamu dimuka bumi dan ambil pengajaran darinya..


Semua itu sudah berlalu, tak dapat kupusing waktu. Kini aku sedar dari mimpi lena. Dunia hari ini sudah tidak aman lagi. Semuanya kucar kacir, hancur dek buatan tangan manusia. Gejala sosial, rasuah dan lain2 makin bertambah dari hari ke hari, namun tiada siapa ambil peduli. Kalau adapun hanya segelintir sahaja. Ramai yg hanya boleh pd Amar Ma'ruf tapi Nahi Mungkar ??


Aku sedih atas apa yg berlaku. Lebih lagi apabila orang menegakkan syiar Islam, sering di ganggu, di keji. Tapi apabila orang melakukan perbuatan mungkar disokong, dipuji melambung tinggi. Astaghfirullah, Sedarkah kalian??????????
Ustaz Nasruddin Tantawi ditangkap lagi..

Apakah salah saya sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia , menghantar memorundum kepada Speaker Dewan Rakyat ? , sehingga saya dan beberapa pimpinan yang lain seperti Dr. Hatta Ramli , Dr. Lo' Lo' , Ustazah Nuridah Salleh dan ramai lagi rakan - rakan seperjuangan yang lain ditangkap sebelum sempat kami menyerahkan memorundum tersebut .
Semalam kami dihadapkan ke mahkamah dan ditahan dalam lokap malah digari bagaikan seorang penjenayah .
Apakah ini sebagai tekanan psikologi ke atas saya untuk melemahkan semangat daya juang saya dan rakan - rakan ? Demi Allah , Jeriji besi lokap dan gari ini tidak akan melemahkan semangat para pejuang Islam Insyaallah

MAMA.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 0

Ummu Khaulah | 1/18/2008 06:40:00 AM |

keadaan cuaca yang sejuk di tengah malam ni aku masih tidak dapat melelapkan mata, biarpun semua orang lena dibuai mimpi indah. Sunyi sepi yang hanya bertemankan bunyi detikan jam membuatkan aku rasa rindu pada mama. Rindu sangat-sangat. Semalam aku call mama, suara mama macam orang sakit. Aku tahu kalaupun aku tanya mama, bukan jawapan yang aku dapat tapi nasihat suruh belajar rajin-rajin yang aku perolehi. Mama, kini aku sudah besar bukan lagi kanak-kanak kecil yang hanya tahu erti keseronokan. Kalau pun adik tidak menceritakan segalanya tapi dari suara mama dan naluri hati, aku dapatkan rasakan kesihatanmu tidak seperti dulu lagi. Mama slalu cakap jangan selindung apa-apa pun dari mama kerana mama yang mengandungkan anak mama. Dari dalam rahim selama 9 bulan hingga lah besar dewasa. Kalau duduk sejauh mana pun, andai anakmu sakit pasti dirimu serba tak kena disana. Begitu juga dengan anakmu ini mama, walaupun kita terpisah beberapa lautan dan benua sekalipun anakmu ini tetap merasa tidak senang dan susah hati.Mama seorang yang tabah, cekal hadapi segala rintangan.

Masihku ingat tika kau menjaga arwah tok sedang dirimu hamil 8bulan. Dalam keadaan yang sebegitu kau masih mampu uruskan dia dengan baik. Bermula dari mandi, pakai pakaian sehingggalah segalanya kau uruskan. Masa tu arwah tok lumpuh mungkin akibat strok. Aku sendiri tidak pasti. Saat itu aku rasa tidak mahu berpisah jauh denganmu. Dan aku sentiasa berdoa agar adik yg berada dalam kandungan menjadi seorang lebih tabah dan cekal darimu. Aku juga selalu doa agar suatu masa hadapan adik bakal menjadi orang yg bijaksana dan arif dalam ilmu agama Allah.Masihku ingat mama tidak tidur lena pada waktu malam tika aku demam panas dulu. Kaki aku yang luka sedikit pun mama ambil kira seolah ianya parah. Suatu ketika aku terlampau sakit kepala dan hampir pitam, sedangkan aku sudah besar tika itu tapi kau masih menjaga seolah aku masih di sekolah rendah. Berada jauh dari tanah kelahiran, aku dilanggar oleh bangsa sendiri yang tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku menyebabkan mama sekali lagi tidak senang disana. Hampir mama suruh aku pulang sedang kuliahku baru saja bermula. Masa call mama menangis, dan aku hampir tidak boleh bercakap dek tahan sebak. Bukan kerana ego tapi kalau aku juga lemah bagaimna harus aku yakinkan dirimu yang aku kuat disini. Aku ingat masa itu bukan ku tangis kerana sakit dilanggar, tapi sakit menahan rindu itu lebih dari segalanya.Kerana rindu dan sayang padamu aku tidak akan merasa senang jika tidak menghubungimu dlam tempoh 1mggu. Kerana aku tahu dirimu juga demikian, jika tidak masakan aku menerima msg kata-kata rindu dan doa buatku.
Suatu masa aku call mama, berulang kalinamun selalu gagal. Lantas kuambil jalan pintas, mujur fakru ada dirumah, kudail telefon bimbitnya. Alhamdulillah berjaya, biarpun dia jawab panggilan dalam keadaan seperti orang tidak sedar, namun aku tidak kisah kerana aku fhm jam 4pagi adalah waktu asyik baginya untuk tidur. Sementara telefon disana bertukar tangan aku sempat mendengar suara mama mengaji. Hatiku tersentuh begitu awal mama bangun, beribadah kepadaNYA. Aku perasan, sejak akhir2 ini mama berlainan sekali.
Mama, ketahuilah anakmu ini amat merisaukan kesihatanmu biarpun dirimu tidak tahu yang aku sudh tahu segala-galanya.Mama, bagiku tiada ibu yang lebih baik dari mama. Angah sayang mama, sayang sangat2.. Mama slalu pesan belajar rajin2, nti boleh balik cepat dan kita akan dapat bersua, mama slalu juga pesan suruh slalu doa agar kuarga kita berada dlam keadaan yang dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak baik. Aku tak pernah lupa semua itu. Mama nantikan kepulangan anakmu ini dengan berbekalkan ilmu yang kau pinta.InsyaALLAH...

Doa Sheikh Al Mohaisany Di Masjid Alharam (Ramadhan 1422) 0

Ummu Khaulah | 1/18/2008 06:39:00 AM |

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.
Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.
(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,
Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah,
Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.Amin Ya Rabbal 'alamin!
Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semoga ALLAH menetapkan Imannya.

Sharline..... 0

Ummu Khaulah | 1/12/2008 06:41:00 AM |

Setelah kes adik Nurin Jazlin yang hilang dan ditemui dalam keadaan sudah menjadi mayat, negara sekali lagi kecoh dengan kehilangan adik Nur Fatiha. Tidak sampai 48 jam kejadian itu, adik secomel Sharlinie kini menjadi bualan rakyat Malaysia. Apakah motif penculikan ini masih menjadi tanda tanya kepada kita semua. Berikutan apa yang berlaku membuka mata rakyat Malaysia supaya lebih prihatin dalam menjaga anak masing-masing.

Dimanakah adik Sharlinie? Sehingga ke hari ini masih menjadi persoalan. Seorang anak kecil yang masih belum kenal erti dunia hari ini menjadi mangsa penculikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ibu dan bapa mana yang boleh duduk diam apabila anak yang dikandung, dijaga, diasuh dan dimanja selama 5 tahun hilang dari sisi mereka.


Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya? Kes cabul, rogol,culik dan bunuh kanak-kanak adalah satu jenayah berat yang tidak seharusnya berlaku. Di negara kita, kes-kes jenayah seperti ini seolah-olah sudah menjadi satu kelaziman. Penjenayah sudah tidak lagi takut, bahkan berani untuk bertindak diluar batasan kemanusiaan. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Apakah negara kita kini sudah tidak lagi selamat.


Bila difikirkan semula, sedarlah kita kini bahawa sememangnya penjenayah di Malaysia sudah tidak lagi takutkan undang-undang. Mereka juga sudah tidak risau untuk berhadapan dengan Polis Di Raja Malaysia. Kerana polis Malaysia kini telah lupa diri. Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Ilmu yang dipelajari dalam bidang kepolisan telah disalah gunakan. Polis Malaysia telah menjadi "Hamba" kepada pemerintah yang mahu mengekalkan kuasa. Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat jelata kini dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menjaga kuasa politik parti pemerintah. Mereka lebih suka berpolitik, menganggu, menghalang, menyerang parti pembangkang di negara ini. Pembangkang dijadikan sasaran, ceramah diganggu. Perhimpunan aman yang termaktub dalam perlembagaan dikatakan perhimpunan haram. Mereka menzalimi rakyat dan mengabaikan amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan. Polis kini menjadi musuh rakyat yang cintakan keadilan. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis. Inilah yang berlaku sebenarnya.
Kepada ibubapa adik Sharlinie sabarlah hadapi dugaan ini..
Kepada pihak polis dan kerajaan ambillah langkah yang lebih kehadapan...
Kepada semua samalah kita mencari dan berdoa agar adik Sharlinie selamat...
Kepada penculik sedarlah hukuman Allah pasti datang...

MUHARAM... 0

Ummu Khaulah | 1/11/2008 06:42:00 AM |

sempena 10 Muharram ....

Hadith :
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".

Huraian

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS