Tahniah 0

Ummu Khaulah | 12/28/2007 06:34:00 AM |


Pagi ni aku dikejutkan dengan satu sms dari telefon bimbitku. Alhamdulillah adikku yang ke-6 mendapat 6A dalam keputusan PMR pada hari ini. Walaupun tidak semua subject yang diambil mendapat A, dia tetap bersyukur. Adik, kak ngah harap cita-citamu akan tercapai InsyaAllah. Ingat janji kita pada mama dan abah, KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK ANAK2 MAMA DAN ABAH FI DUNYA WAL-AKHIRAH.
Nantikan kepulanganku...

ANAK HALAL 0

Ummu Khaulah | 12/26/2007 06:33:00 AM |


Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha.

Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!), main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan tak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini tentulah mereka gemari.

Betul, Anak Halal sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filem yang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga macam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnya bermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.

Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut serta tiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demi memberi sentuhan artistik. Puitis la konon!

Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep dan falsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempit bohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak muak-muak ke?

Lebih keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila voice over di hujung filem ini menyatakan - setiap manusia ada takdir sendiri - cis biadab! Seolah-olah keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini. Watak-watak yang tiada harapan ini menyalahkan Tuhan pula.

Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisap dadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah, kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysia tak faham agama Islam.

Lihatlah stereotaip yang tidak pernah bebas dari filem Melayu. Sebab dan akibat yang sama tak sudah-sudah, langsung tiada kreativiti. Tolonglah beri anjakan paradigma sedikit wahai orang filem!

Salam Kemaafan 0

Ummu Khaulah | 12/21/2007 06:32:00 AM |

Banjir 0

Ummu Khaulah | 12/15/2007 06:30:00 AM |


KUANTAN, 13 Dis (Bernama): Satu lagi daerah di Pahang dilanda banjir menyebabkan bilangan penduduk di negeri itu yang ditempatkan di pusatpusat pemindahan meningkat kepada 10,097 orang sehingga pagi ini berbanding 6,639 orang malam tadi.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah baru yang mula terlibat dengan banjir ialah Temerloh dengan seramai 409 orang daripada 80 keluarga.

Sehingga 9 pagi ini, mangsa banjir di daerah Rompin ialah seramai 2,475 orang), Maran (2,878 orang), Pekan (1,370 orang), Kuantan (1,040 orang), Bera (1,030 orang), Bentong (138 orang), Raub (625 orang) dan Jerantut (132 orang), katanya kepada Bernama hari ini.

Di Maran sebanyak 34 pusat pemindahan dibuka, Rompin (22), Pekan (20), Raub (14), Kuantan (15), Bera (11), Jerantut (tujuh), Temerloh (tujuh) dan Bentong (satu).

Katanya laluan di Km84.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup kepada semua kenderaan dan menurutnya, pengguna yang masuk dari plaza tol Lanchang diminta menggunakan Jalan Cinta Manis, Felda Lakom dan Bukit Damak.

GELOMBANG KUNING KEMENANGAN RAKYAT 0

Ummu Khaulah | 11/11/2007 06:27:00 AM |


Oleh Ruhanie Ahmad


2.50 petang: Polis mula menembakkan gas pemedih mata ke arah peserta gelombang kuning di dalam Masjid Jalan India dan Masjied Jamek. Peserta di sekitar Bangunan KWSP Jalan Raja Laut pula disembur dengan water canon berisi asid.10,000 Ribu..Tiba Di Istana Negara


3.00 petang: Para peserta di sekitar bangunan KWSP diberi amaran supaya bersurai. Kalau tidak mereka akan ditangkap beramai-ramai.


Negara. Sementara itu, kelompok peserta yang dihalang keluar daripada Masjid Jamek pula dilaporkan semakin lumpuh. FRU hampir mengepung seluruh kawasan masjid.
Dianggarkan 40,000 Di Hadapan Istana


3.40 petang: Dianggarkan hampir 40,000 peserta gelombang kuning sudah berada di hadapan Istana Negara. Sementara itu, perarakan masih berterusan. Kira-kira sepanjang 1 kilometer lagi gelombang kuning bergerak menuju ke istana tersebut.


Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!!!!!


3.55 petang: Jumlah peserta gelombang kuning di hadapan Istana Negara makin bertambah. Seorang peserta mengirimkan sms ini: “saya bangga jadi rakyat Malaysia. Daulat Tuanku!!!” Seorang lagi peserta pula mengirimkan sms ini: “Perkarangan Istana Negara dibanjiri gelombang kuning. Kira-kira 100,000 manusia.”.Alhamdulillah…
Truck FRU Tersadai

4.00 petang: Beberapa truck FRU berkejar ke Istana Negara. Kenderaan mereka tidak boleh bergerak kerana jalanraya dibanjiri gelombang kuning.Delegasi BERSIH Mengadap Agong4.03 petang: Syukur Alhamdulillah…


Pada jam 4.03 minit sekumpulan 10 orang delegasi BERSIH diperkenan masuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!!!!!


Hujan Lebat, Gelombang Kuning Terus Menggelora


4.15 petang: Blogger Mohd Sayuti Omar menelefon. Katanya, beliau amat berbangga dengan respons rakyat jelata. Majoriti mereka terpaksa berjalan kaki hampir 15 kilometer untuk ke istana dalam keadaan hujan lebat. Katanya lagi, kalau inilah hakikatnya Pilihan Raya Umum akan datang, hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahannya.Seorang eksekutif syarikat swasta pula mengirimkan sms: “Alhamdulillah. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah, seorang individu dan lebih penting lagi, sebagai seorang Muslim. Perarakan ini adalah untuk anak saya, agama saya, bangsa saya dan negara saya.


Daulat Tuanku!”Misi Berjaya. Daulat Tuanku!!!


4.25 petang: Seorang anak muda yang saya kenali mengirimkan sms ini: “Saya bersama-sama kira-kira 20,000 orang masih terus berjalan ke Istana Negara. Hidup Melayu! Daulat Tuanku!!!”
Pejuang-penyair Yassin Salleh pula mengirimkan sms: “Misi tertunai. Alhamdulillah! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!”Seorang sahabat pula mengirimkan sms ini: “Jam 3.30 petang tadi Agong meninjau gelombang kuning dari udara dengan menggunakan helikopter.”


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!


4.57 petang: Peserta gelombang kuning mula meninggalkan kawasan Istana Negara. Bagaimanapun, wakil BERSIH masih lagi di dalam istana.Sebagai keseimpulannya, para peserta telah membuktikan bahawa mereka memang bertindak secara aman, walau pun diprovokasi dengan pelbagai rintangan, mereka meneruskan perjalanan mereka dalam hujan lebat menuju Istana Negara.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengirim mesej dan yang membuat panggilan telefon kepada saya untuk membolehkan saya merakamkan detik bersejarah ini.Dengan ini, saya tamatkan laporan detik ke detik ini. Analisa mengenai kejayaan gelombang kuning akan menyusul malam ini.Akhir kata, gelombang kuning yang menggelora telah pun reda bersama senja yang akan berlabuh dengan satu nostalgia kebangkitan rakyat yang amat merindukan kesejahteraan dan kedamaian untuk diwarisankan kepada generasi muka…..


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!! – Ruhanie Ahmad


Foto dari agendadaily.com

salam aidilfitri 0

Ummu Khaulah | 10/10/2007 05:25:00 AM |

POKOK GHARGAD 0

Ummu Khaulah | 9/09/2007 05:23:00 AM |



TOLONG LA AMBIL PERHATIAN SEMUA UMAT ISLAM!!


Hanya menyampaikan...kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie....harap2 dapt panggil majlis suroh tebang ok.Nama lain African boxthorn.




Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat)..."




Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.




Banyak artikel yang terdapat dalam internet mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. Halaman internet yang paling menarik perhatian ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel. Halaman ini ialah Jewish National Fund. http://www.jnf.org/ dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!! Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. jnf ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 22o juta pokok dan projek2 lain. Wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqad ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam." .

Keajaiban ciptaan Ilahi 0

Ummu Khaulah | 9/02/2007 05:20:00 AM |


Perhatikan gambar pemandangan ini.... seolah tiada apa2 disitu.. perhatikan juga gambar yg kedua... erm... ta'jubkan????? Khaliq berkuasa mencipta apa saja yg Dia mahu... ciptaannya tiada siapa dpt tandingi, termasuk ciptaan makhluqnya... azim.

Iblis laknatullah 1

Ummu Khaulah | 8/17/2007 05:19:00 AM |

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid".

"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran".

"Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad".

"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

Pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal kedunian sehingga melewat-lewatkan solat diakhir waktu."Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.

"Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA melebihi pendapatan, SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".(ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka.

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, overtime sepanjang hari, 10 - 12 jam seminggu, ,sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.

"apa yang perlu mereka difikirkan ialah Wang! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu.

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan".

"Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".

"Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari"."Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan".

"Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan kerenah anak-anak, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar".

"Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK."

"Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah."

"Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah).

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta.""Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???""ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

Pengemis 0

Ummu Khaulah | 8/05/2007 05:18:00 AM |

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkanmakanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku,adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".


Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah danhampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".


"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.


"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergike ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi butayang ada disana ", kata Aisyah RA.


Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untukdiberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalumemberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil mengherdik,

"Siapakah kamu ?".


Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."


"Bukan! Engkau bukan orangyang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.


"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".


Seketika itu juga pengemis itu pun menangismendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitumulia.... "Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RAsaat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.


Nah, wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlaq RasulullahSAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalahahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.Kalaupun tidak boleh kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Pengemis yang buta itu lagikan mengetahui orang yang biasa mendatanginya selalu, tidakkan sama dari yang biasa.

Air Mata 0

Ummu Khaulah | 7/23/2007 05:13:00 AM |


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis. "..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ??Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.


Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut -

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

-Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.-Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

-Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaanmungkin kita kurang membuat persediaan.

-Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

-Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??..Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua. Junjungan Mulia bersabda"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"-seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.""Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :


1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

-..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu. ...


sampaikanlah walau satu ayat" al hadis moga kita sama-sama mengambil manfaat drnya.
wallahua'alam

ROKOK... 0

Ummu Khaulah | 7/21/2007 05:10:00 AM |


Kata doktor : “ Rokok adalah pembunuh”


Amaran kerajaan : “Merokok Membahayakan kesihatan”


Keputusan Majlis Fatwa: “Menghisap rokok-HARAM”


Kata penagih rokok : “Wanita tidak merokok tetapi mati juga”


Kata penanam tembakau: “Kami rasa serba salah itulah pencarian tanah kami sesuai utk menanam tembakau.”


Kata yg berhenti rokok: “Gantikan rokok dgn minum air Yasin”
Berjanjilah semua utk tidak merokok.


Kata Pengilang Rokok: “ Usahlah bising . Hari demi hari kilang kami semakin besar. Hasil kami semakin bertambah.”


-Sahabat yang baik adalah yg sentiasa membantu kita utk melakukan kebaikan juga sentiasa menegur kesalahan kita (kalau salah tolong le tegur)


-Dengan mengingati Allah hati kan tenang.....jom kita sama2 mengamalkan zikir tasbih dan sebagainya agar ketenangan ditemui..Insya-Allah.

Kecewa iklan tv siar tingkah laku ‘budak biadab’ 0

Ummu Khaulah | 7/19/2007 05:09:00 AM |

Ibu bapa dan para pendidik melahirkan kebimbangan mereka akan kesan negatif iklan televisyen terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan mendesak kerajaan supaya lebih tegas dalam penyiaran iklan yang boleh merangsang minda anak-anak untuk melakukan tabiat buruk.

Satu daripada iklan berkenaan, menurut mereka, memaparkan seorang budak lelaki comel tetapi nakal yang melakukan beberapa gelagat nakal semasa dalam perjalanan menuju ke kedai untuk membeli roti.
Budak lelaki itu memotong barisan di kaunter bayaran, dengan mesej akhirnya yang disampaikan kepada penonton bahawa dia dimaafkan ekoran tingkah laku biadabnya.

“Ini memperolok-olokkan kempen kerajaan supaya menjadikan budi bahasa sebagai amalan hidup. Apakah yang ada untuk dimaafkan? Adakah kita mengamalkan sikap kurang ajar?” soal seorang ibu kecewa, Zaidah Zainal, dari Green Valley Park di Bandar Tasik Puteri dekat sini.
Zaidah, yang bertugas sebagai pengurus wad di sebuah hospital kerajaan, adalah seorang daripada ramai ibu bapa yang terkejut apabila menonton siaran iklan televisyen yang memperlihatkan tingkah laku biadab dan kenakalan budak lelaki itu.

“Kami tidak menentang label roti berkenaan tetapi pengeluar jenama roti itu dan agensi pengiklanan berkenaan hendaklah bersama-sama berfikir sebelum menghasilkan iklan yang sedemikian, yang meletakkan rakyat Malaysia dalam situasi buruk terutamanya dalam kalangan orang asing,” katanya.

Zaidah berkata, beliau faham tujuan di sebalik iklan itu ialah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dengan memakan roti, tetapi malangnya iklan itu memutuskan untuk memberi gambaran yang salah terhadap perkembangan hidup kanak-kanak Malaysia.
“Orang asing yang masih baru di negara ini mungkin mendapat gambaran bahawa kanak-kanak Malaysia sememangnya mempunyai tingkah laku biadab,” katanya

Seorang pendidik, Arshad Mad Rejab berkata, beliau terkejut menonton iklan itu di televisyen.

“Pada suatu ketika apabila kita patuh kepada nasihat (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan budi bahasa sebagai satu amalan hidup kita, satu iklan televisyen, secara tidak sengaja menunjukkan satu aspek sangat negatif kehidupan Malaysia,” katanya.

Menurut Arshad, pengeluar jenama roti dan pengiklan mungkin tidak berniat dan tidak sengaja untuk menonjolkannya tetapi perkara itu seharusnya difikirkan dengan teliti sebelum memutuskan untuk menghasilkan babak yang menggambarkan kanak-kanak Malaysia secara negatif.

“Ini merupakan suatu yang malang pada ketika rakyat Malaysia yang dinasihatkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya berbudi bahasa sebagai amalan hidup kita, iklan yang sedemikian disiarkan di televisyen.

Beliau berkata bahawa akan timbul situasi apabila kanak-kanak
mencontohi tingkah laku biadab budak lelaki seperti yang ditonton di televisyen itu kerana imej televisyen boleh “berjangkit.”

“Ini merupakan satu perkara yang mengecewakan apabila para guru, seawal dari peringkat sekolah tadika hingga menengah, bertungkus lumus berusaha menjayakan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”, kita pula tiba-tiba disogokkan dengan iklan negatif mengenai budi bahasa dan kesopanan amalan hidup Malaysia,” katanya.

Aktivis pengguna dan sosial, Gurmukh Singh mendesak pihak berkuasa supaya mengenakan pemeriksaan yang ketat terhadap iklan televisyen.
“Tidak dinafikan bahawa iklan ini bertujuan mempromosikan jenama tetapi tidak semua orang dapat menerima bulat-bulat hakikat bahawa apa jua kesalahan adalah tanpa niat.

“Televisyen mempunyai liputan yang amat luas. Oleh itu, pengiklan hendaklah berhati-hati supaya tidak menghasilkan satu jalan cerita kontroversi terutamanya yang melibatkan kanak-kanak,” katanya

LIFE 0

Ummu Khaulah | 7/11/2007 04:57:00 AM |

LIFE IS IRONIC
THE GOOD IS NOT COMPLETLY GOOD
THE BAD IS NOT COMPLETLY BAD
THE VICTORIOUS NEED NOT NECESSARILY SUCCEED
THE LOSE IS NOT A FAILURE FOREVER
THE ONES THAT ARE FREE ARE NOT NECESSARILY SAFE
THE ONES WHO ARE SAFE ARE NECESSARILY FREE
THOSE WHO ARE LOST WILL FIND THEIR WAY....
AJA AJA FIGHTING!!!!!!!!!!!!!!!!!

CARLSBERG... 0

Ummu Khaulah | 7/03/2007 05:07:00 AM |



Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol. Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini. Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana. Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.
Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini. Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia. Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip agama Islam .
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya, ( yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya. "

Pensil Lambang Salib!!!! 0

Ummu Khaulah | 6/29/2007 05:06:00 AM |


Terkejut saya apabila melihat gambar ini. Walaupun ia bukanlah satu isu yang baru, namun saya percaya masih ramai lagi diantara kita tidak menyedari hakikat yang melanda Malaysia, tanah air yang kita cintai....

Ini produk terbaru yang boleh merosakkan akidah anak-anak kita. Pensil yang berbentuk salib dengan ukiran manusia disalib dalam pelbagai warna yangmenarik. Menarik dan bertujuan untuk digantung pada leher anak-anak kita. Jika ibu bapa terjumpa pensil ini dipasaran sila buat laporan ke Jabatan Agama Islam, polis, persatuan pengguna Islam, kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak media. Bersama kita menjaga akidah anak-anak kita.
Bagi saya, memang orang kristian banyak lakukan pelbagai cara untuk tarik orang masuk kristian...tapi, cuba tanya diri kita balik, apa yang telah kita lakukan untuk tarik orang non-muslim masuk islam? Dakwah pada mereka? Cerita kat mereka tentang islam? Cerita pada mereka tentang al-Quran? Seperti yang kita sedia maklum 'orang-orang mereka' juga menghafaz al-Quran malah mengkaji lebih dari kita yang beragama ISLAM. Jadi, masihkah kita leka dengan dunia fantasi diri sendiri? Membiarkan mulut terus terkunci... tangan seolah digari.....
Ayuh, saya mengingatkan kepada diri saya sendiri juga menyeru kepada pembaca, selamatkan segalanya sebelum terlambat....

APA NAK JADI????? 0

Ummu Khaulah | 6/20/2007 05:04:00 AM |



Sharifah Amani telah membotakkan kepalanya dalam persediaan berlakon dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Muallaf. Muallaf akan menjadi filem ke-4 yang menggandingkan pengarah kontroversi Yasmin dan pelakon Sharifah Amani selepas Sepet, Gubra dan Mukhsin.

Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Filem ini akan mengambil lokasi di dalam sebuah banglo di Ipoh.Dalam satu kenyataan, Sharifah Amani berkata beliau tidak menyesal dengan keputusan untuk membotakkan kepalanya dan tindakannya nekad kerana yakin dengan kebolehan Yasmin sebagai pengarah walaupun babaknya botak dalam filem Muallaf hanya berlangsung selama 2 minit. Sebelum ini tercetus kontroversi bahawa Amani menerima hampir RM40,000 sebagai syarat untuk mencukur kepalanya sehingga botak. Dia menafikan gosip tersebut.

Pelik... memang pelik... saya tak tau lah klau ada manusia tak pelik terhadap apa yang dilakukan oleh Syarifah Amani Sye Zainal Rashid..sanggup botakkan kepala semata-mata nak real kan lagi filem Muallaf... Nauzubillah..

Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :
Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .

Apa yang menyedihkan saya lagi ialah isu ini hanya di pandang remeh seolah tiada apa yang berlaku.Benar zaman hampir berakhir.Msakan tidak perkara yang perlu di ambil perhatian sebegini lansung tidak peduli.Tapi perkara yang sepatutnya tidak perlu di besarkan dijadikan seolah satu berita yang perlu ditandatangani.

ASAL USUL SOLAT 0

Ummu Khaulah | 6/08/2007 05:02:00 AM |





SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah
menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah NabiIsa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan keatas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi
Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun
.

TEMAN 0

Ummu Khaulah | 5/19/2007 05:00:00 AM |

TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikkuketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akanselalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, akusemakin percayadiri. Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku seringbertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramaiyang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan oranglain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku,kudapatkan mereka tidak ubahnya rodazaman yang tidakmahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka,mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. Rahmatan Lil 'Alamin

KENAPA AIR MATA SINONIM DENGAN PEREMPUAN? 0

Ummu Khaulah | 1/22/2007 05:59:00 AM |

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

Bagi peminat ROSYAM NOOR 0

Ummu Khaulah | 1/17/2007 05:58:00 AM |

Minggu lepas, aku ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan yg
best, bila bukak je channel tv1, aku ternampak ustaz zawawi (bekas
pensyarah aku) jadi ahli panel...termasuk fauziah nawi & nazrey
raihan...terus aku terlekat...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa,
di hoskan oleh rosyam nor
Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal
malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa
hiburan...contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup
dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak,
memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk
kita berhibur

Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada
pergaulan bebas..tidak melalaikan..
Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam
tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah
tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu..
fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu
& anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan
kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...

Then, ustaz zawawi balas balik...niat tidak menghalalkan cara...walau
sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan
jadi haram ler...walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut
bukanlah muhram, yakni halal berkahwin... maka mereka sememangnya tidak
boleh sedemikian.
Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu
& anak...di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan
sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi
filem yg berjaya & merangkul anugerah.

kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup
aurat...jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu...

ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah
adalah haram...maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu...dia kata,
hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia,
tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb....Ustaz
zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape,
bukannya dia belanjakan kearah mane...jika rezeki itu hasil lakonan yg ade
sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya...maka akan jadi
haram ler...

kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh
berlakon lagi lah...sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga
dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...lagipun
dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon...bukan
semua org ade bakat utk berlakon

maka jawab ustaz zawawi...beliau masih boleh berlakon...sptmane ustaz
zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal
tu...

Sebut ustaz zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda dikalangan semua
penggiat seni...baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip,
pelakon, penyanyi, penganjur dsb...mestilah mencari jalan bagaimana untuk
menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya...memang ade
caranya...kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut...ape2 hal pun, aku ucapkan
tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap
haram...halal tetap halal...

Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi
bersuluh...carilah hiburan yg halal...tinggallah hiburan yg haram...kerana
rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya...
Bukan ke malaysia skrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah
jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari...bukannya had-hari...hanya
islam masa bulan puase shj...bulan yg lain..????

(ARTIKEL INI DICOPY DARI SEBUAH LAMAN)

Di sebalik bulan ZULHIJJAH 0

Ummu Khaulah | 1/05/2007 05:54:00 AM |

Ibadah haji di fardukan ke atas umat islam yang berkemampuan di mekah.

Rasul S.A.W menyampaikan khutbah pada kaum muslimin di Bukit Arafah dan sebelum selesai ibadah haji.

18hb tahun 10 hijrah
- Peristiwa Haji Wida'.

Akhir bulan tahun 23 hijrah
- Saidina Umar Al-Khatab wafat setelah di bunuh oleh Abu Lu'lu berbangsa Parsi beragama Majusi pada malam rabu.

8hb tahun 35 hijrah
- Saidina Usman Bin Affan di bunuh di rumahnya di samping tangannya memegang AL-Quran

27hb tahun 132 hijrah
- Jatuhnya kerajaan Bani Umaiyah


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS