Tahniah 0

Ummu Khaulah | 12/28/2007 06:34:00 AM |


Pagi ni aku dikejutkan dengan satu sms dari telefon bimbitku. Alhamdulillah adikku yang ke-6 mendapat 6A dalam keputusan PMR pada hari ini. Walaupun tidak semua subject yang diambil mendapat A, dia tetap bersyukur. Adik, kak ngah harap cita-citamu akan tercapai InsyaAllah. Ingat janji kita pada mama dan abah, KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK ANAK2 MAMA DAN ABAH FI DUNYA WAL-AKHIRAH.
Nantikan kepulanganku...

ANAK HALAL 0

Ummu Khaulah | 12/26/2007 06:33:00 AM |


Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha.

Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!), main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan tak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini tentulah mereka gemari.

Betul, Anak Halal sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filem yang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga macam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnya bermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.

Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut serta tiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demi memberi sentuhan artistik. Puitis la konon!

Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep dan falsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempit bohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak muak-muak ke?

Lebih keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila voice over di hujung filem ini menyatakan - setiap manusia ada takdir sendiri - cis biadab! Seolah-olah keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini. Watak-watak yang tiada harapan ini menyalahkan Tuhan pula.

Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisap dadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah, kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysia tak faham agama Islam.

Lihatlah stereotaip yang tidak pernah bebas dari filem Melayu. Sebab dan akibat yang sama tak sudah-sudah, langsung tiada kreativiti. Tolonglah beri anjakan paradigma sedikit wahai orang filem!

Salam Kemaafan 0

Ummu Khaulah | 12/21/2007 06:32:00 AM |

Banjir 0

Ummu Khaulah | 12/15/2007 06:30:00 AM |


KUANTAN, 13 Dis (Bernama): Satu lagi daerah di Pahang dilanda banjir menyebabkan bilangan penduduk di negeri itu yang ditempatkan di pusatpusat pemindahan meningkat kepada 10,097 orang sehingga pagi ini berbanding 6,639 orang malam tadi.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah baru yang mula terlibat dengan banjir ialah Temerloh dengan seramai 409 orang daripada 80 keluarga.

Sehingga 9 pagi ini, mangsa banjir di daerah Rompin ialah seramai 2,475 orang), Maran (2,878 orang), Pekan (1,370 orang), Kuantan (1,040 orang), Bera (1,030 orang), Bentong (138 orang), Raub (625 orang) dan Jerantut (132 orang), katanya kepada Bernama hari ini.

Di Maran sebanyak 34 pusat pemindahan dibuka, Rompin (22), Pekan (20), Raub (14), Kuantan (15), Bera (11), Jerantut (tujuh), Temerloh (tujuh) dan Bentong (satu).

Katanya laluan di Km84.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup kepada semua kenderaan dan menurutnya, pengguna yang masuk dari plaza tol Lanchang diminta menggunakan Jalan Cinta Manis, Felda Lakom dan Bukit Damak.


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS