Pensil Lambang Salib!!!! 0

Ummu Khaulah | 6/29/2007 05:06:00 AM |


Terkejut saya apabila melihat gambar ini. Walaupun ia bukanlah satu isu yang baru, namun saya percaya masih ramai lagi diantara kita tidak menyedari hakikat yang melanda Malaysia, tanah air yang kita cintai....

Ini produk terbaru yang boleh merosakkan akidah anak-anak kita. Pensil yang berbentuk salib dengan ukiran manusia disalib dalam pelbagai warna yangmenarik. Menarik dan bertujuan untuk digantung pada leher anak-anak kita. Jika ibu bapa terjumpa pensil ini dipasaran sila buat laporan ke Jabatan Agama Islam, polis, persatuan pengguna Islam, kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak media. Bersama kita menjaga akidah anak-anak kita.
Bagi saya, memang orang kristian banyak lakukan pelbagai cara untuk tarik orang masuk kristian...tapi, cuba tanya diri kita balik, apa yang telah kita lakukan untuk tarik orang non-muslim masuk islam? Dakwah pada mereka? Cerita kat mereka tentang islam? Cerita pada mereka tentang al-Quran? Seperti yang kita sedia maklum 'orang-orang mereka' juga menghafaz al-Quran malah mengkaji lebih dari kita yang beragama ISLAM. Jadi, masihkah kita leka dengan dunia fantasi diri sendiri? Membiarkan mulut terus terkunci... tangan seolah digari.....
Ayuh, saya mengingatkan kepada diri saya sendiri juga menyeru kepada pembaca, selamatkan segalanya sebelum terlambat....

APA NAK JADI????? 0

Ummu Khaulah | 6/20/2007 05:04:00 AM |



Sharifah Amani telah membotakkan kepalanya dalam persediaan berlakon dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Muallaf. Muallaf akan menjadi filem ke-4 yang menggandingkan pengarah kontroversi Yasmin dan pelakon Sharifah Amani selepas Sepet, Gubra dan Mukhsin.

Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Filem ini akan mengambil lokasi di dalam sebuah banglo di Ipoh.Dalam satu kenyataan, Sharifah Amani berkata beliau tidak menyesal dengan keputusan untuk membotakkan kepalanya dan tindakannya nekad kerana yakin dengan kebolehan Yasmin sebagai pengarah walaupun babaknya botak dalam filem Muallaf hanya berlangsung selama 2 minit. Sebelum ini tercetus kontroversi bahawa Amani menerima hampir RM40,000 sebagai syarat untuk mencukur kepalanya sehingga botak. Dia menafikan gosip tersebut.

Pelik... memang pelik... saya tak tau lah klau ada manusia tak pelik terhadap apa yang dilakukan oleh Syarifah Amani Sye Zainal Rashid..sanggup botakkan kepala semata-mata nak real kan lagi filem Muallaf... Nauzubillah..

Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :
Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .

Apa yang menyedihkan saya lagi ialah isu ini hanya di pandang remeh seolah tiada apa yang berlaku.Benar zaman hampir berakhir.Msakan tidak perkara yang perlu di ambil perhatian sebegini lansung tidak peduli.Tapi perkara yang sepatutnya tidak perlu di besarkan dijadikan seolah satu berita yang perlu ditandatangani.

ASAL USUL SOLAT 0

Ummu Khaulah | 6/08/2007 05:02:00 AM |





SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah
menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah NabiIsa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan keatas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi
Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun
.


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS