Air Mata 0

Ummu Khaulah | 7/23/2007 05:13:00 AM |


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis. "..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ??Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.


Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut -

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

-Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.-Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

-Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaanmungkin kita kurang membuat persediaan.

-Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

-Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??..Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua. Junjungan Mulia bersabda"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"-seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.""Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :


1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

-..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu. ...


sampaikanlah walau satu ayat" al hadis moga kita sama-sama mengambil manfaat drnya.
wallahua'alam

ROKOK... 0

Ummu Khaulah | 7/21/2007 05:10:00 AM |


Kata doktor : “ Rokok adalah pembunuh”


Amaran kerajaan : “Merokok Membahayakan kesihatan”


Keputusan Majlis Fatwa: “Menghisap rokok-HARAM”


Kata penagih rokok : “Wanita tidak merokok tetapi mati juga”


Kata penanam tembakau: “Kami rasa serba salah itulah pencarian tanah kami sesuai utk menanam tembakau.”


Kata yg berhenti rokok: “Gantikan rokok dgn minum air Yasin”
Berjanjilah semua utk tidak merokok.


Kata Pengilang Rokok: “ Usahlah bising . Hari demi hari kilang kami semakin besar. Hasil kami semakin bertambah.”


-Sahabat yang baik adalah yg sentiasa membantu kita utk melakukan kebaikan juga sentiasa menegur kesalahan kita (kalau salah tolong le tegur)


-Dengan mengingati Allah hati kan tenang.....jom kita sama2 mengamalkan zikir tasbih dan sebagainya agar ketenangan ditemui..Insya-Allah.

Kecewa iklan tv siar tingkah laku ‘budak biadab’ 0

Ummu Khaulah | 7/19/2007 05:09:00 AM |

Ibu bapa dan para pendidik melahirkan kebimbangan mereka akan kesan negatif iklan televisyen terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan mendesak kerajaan supaya lebih tegas dalam penyiaran iklan yang boleh merangsang minda anak-anak untuk melakukan tabiat buruk.

Satu daripada iklan berkenaan, menurut mereka, memaparkan seorang budak lelaki comel tetapi nakal yang melakukan beberapa gelagat nakal semasa dalam perjalanan menuju ke kedai untuk membeli roti.
Budak lelaki itu memotong barisan di kaunter bayaran, dengan mesej akhirnya yang disampaikan kepada penonton bahawa dia dimaafkan ekoran tingkah laku biadabnya.

“Ini memperolok-olokkan kempen kerajaan supaya menjadikan budi bahasa sebagai amalan hidup. Apakah yang ada untuk dimaafkan? Adakah kita mengamalkan sikap kurang ajar?” soal seorang ibu kecewa, Zaidah Zainal, dari Green Valley Park di Bandar Tasik Puteri dekat sini.
Zaidah, yang bertugas sebagai pengurus wad di sebuah hospital kerajaan, adalah seorang daripada ramai ibu bapa yang terkejut apabila menonton siaran iklan televisyen yang memperlihatkan tingkah laku biadab dan kenakalan budak lelaki itu.

“Kami tidak menentang label roti berkenaan tetapi pengeluar jenama roti itu dan agensi pengiklanan berkenaan hendaklah bersama-sama berfikir sebelum menghasilkan iklan yang sedemikian, yang meletakkan rakyat Malaysia dalam situasi buruk terutamanya dalam kalangan orang asing,” katanya.

Zaidah berkata, beliau faham tujuan di sebalik iklan itu ialah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dengan memakan roti, tetapi malangnya iklan itu memutuskan untuk memberi gambaran yang salah terhadap perkembangan hidup kanak-kanak Malaysia.
“Orang asing yang masih baru di negara ini mungkin mendapat gambaran bahawa kanak-kanak Malaysia sememangnya mempunyai tingkah laku biadab,” katanya

Seorang pendidik, Arshad Mad Rejab berkata, beliau terkejut menonton iklan itu di televisyen.

“Pada suatu ketika apabila kita patuh kepada nasihat (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan budi bahasa sebagai satu amalan hidup kita, satu iklan televisyen, secara tidak sengaja menunjukkan satu aspek sangat negatif kehidupan Malaysia,” katanya.

Menurut Arshad, pengeluar jenama roti dan pengiklan mungkin tidak berniat dan tidak sengaja untuk menonjolkannya tetapi perkara itu seharusnya difikirkan dengan teliti sebelum memutuskan untuk menghasilkan babak yang menggambarkan kanak-kanak Malaysia secara negatif.

“Ini merupakan suatu yang malang pada ketika rakyat Malaysia yang dinasihatkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya berbudi bahasa sebagai amalan hidup kita, iklan yang sedemikian disiarkan di televisyen.

Beliau berkata bahawa akan timbul situasi apabila kanak-kanak
mencontohi tingkah laku biadab budak lelaki seperti yang ditonton di televisyen itu kerana imej televisyen boleh “berjangkit.”

“Ini merupakan satu perkara yang mengecewakan apabila para guru, seawal dari peringkat sekolah tadika hingga menengah, bertungkus lumus berusaha menjayakan kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”, kita pula tiba-tiba disogokkan dengan iklan negatif mengenai budi bahasa dan kesopanan amalan hidup Malaysia,” katanya.

Aktivis pengguna dan sosial, Gurmukh Singh mendesak pihak berkuasa supaya mengenakan pemeriksaan yang ketat terhadap iklan televisyen.
“Tidak dinafikan bahawa iklan ini bertujuan mempromosikan jenama tetapi tidak semua orang dapat menerima bulat-bulat hakikat bahawa apa jua kesalahan adalah tanpa niat.

“Televisyen mempunyai liputan yang amat luas. Oleh itu, pengiklan hendaklah berhati-hati supaya tidak menghasilkan satu jalan cerita kontroversi terutamanya yang melibatkan kanak-kanak,” katanya

LIFE 0

Ummu Khaulah | 7/11/2007 04:57:00 AM |

LIFE IS IRONIC
THE GOOD IS NOT COMPLETLY GOOD
THE BAD IS NOT COMPLETLY BAD
THE VICTORIOUS NEED NOT NECESSARILY SUCCEED
THE LOSE IS NOT A FAILURE FOREVER
THE ONES THAT ARE FREE ARE NOT NECESSARILY SAFE
THE ONES WHO ARE SAFE ARE NECESSARILY FREE
THOSE WHO ARE LOST WILL FIND THEIR WAY....
AJA AJA FIGHTING!!!!!!!!!!!!!!!!!

CARLSBERG... 0

Ummu Khaulah | 7/03/2007 05:07:00 AM |



Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol. Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini. Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana. Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.
Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini. Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia. Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip agama Islam .
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya, ( yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya. "


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS