Bila jari bertemu KEYBOARD 0

Ummu Khaulah | 5/26/2008 05:49:00 AM |

Dah lama tak update blog ni, bukan tak ada masa jauh sekali malas. Tapi ada perkara yang lebih aula dan perlu didahulukan. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Kitab dan sahabat study group diletakkan dihadapan sekali. Terima kasih buat 'guru' yang paling banyak membantu sepanjang fatrah imtihan. Teringat pesan salah seorang sahabat " Jangan mantapkan ilmu & masyikan al-Quran kerana imtihan, tapi jadikan imtihan sebagai wasilah untuk kita mantapkan ilmu dan masyikan al-Quran". Teringat juga pesan adik di tanah air, gunakan masa sebaiknya di bumi anbiya', kutiplah sebanyak mana ilmu yang dapat kerana anak bangsa disana amat dahagakan ilmu agama.


Cuti musim panas kian hampir, ramai sahabat akan pulang bercuti ke tempat kelahiran bertemu keluarga yang dirindui. Terbayang wajah adik kesayangan, baru sebentar tadi chat namun hati tetap memuncak ingin bertemu dengannya. Seorang yang berpendirian teguh dan tabah menghadapi segala rintangan kehidupan. Malam ini, dia akan betolak ke Kelantan dari UPSI, Tanjung Malim. Katanya untuk belajar ilmu agama ALLAH di pondok Pasir Tumboh. Kagum dengan dirinya, walaupun sedih tidak dapat melanjutkan pelajaran dibidang yang diidamkan di Bumi Anbiya', sanggup buat apa saja demi menuntut ilmu rohani dan punya semangat yang kuat untuk mencurah bakti buat remaja hari ini. Sedangkan diri ini berada di kiblat ilmu hampir dengan sheikh yang mu'tabar, disana sini mudah untuk mendapat kitab-kitab yang 1st class namun adakalanya futur, mungkin kerana tidak merasa apa yang adik rasa. Izinkan diri ini mencuri sedikit semangat buat menghadapi liku hidup. Semoga kejayaan menjadi milik bersama, sayang..

0 Responses So Far:

 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS