tak tahu... 0

Ummu Khaulah | 1/25/2009 08:34:00 PM |

Semua dah tidur..masakan tidak,jam sekarang sudah menunjukkan angka 4 pagi. Sunyi sepi Kaherah tidak seperti Mansurah. Kalau di Mansurah waktu begini sudah kedengaran suara kuda ataupun himar lalu ditepi rumah.Amu bangun pagi sangat. Pernah sekali lihat amu bawa banyak sayuran. Bagusnya pagi2 dah siap sedia. Semuanya kerana ingin mencari rezki untuk anak2 dirumah. Amu tinggalkan kuda atau himar di tepi rumah, kemudian ke masjid.Mesti dia qiamulail terlebih dahulu. Sebab waktu subuh lambat lagi. Dari segi luaran amu tak tak kaya, tapi tak pernah lokek senyuman.Tak pernah nampak amu mengeluh. Bibir selalu terkumat-kamit, pasti amu berzikir. Erm.. sekejap lagi mesti azan pertama. Azan pertamabukan azan subuh tapi azan untuk kejutkan orang untuk bangun qiam. Di Kaherah tak pernah dengar azan pertama. Salah satu kebanggaan berada di Mansurah. Walaupun kampung tapi tenang.kalau bulan Ramadhan, pagi sebegini mesti riuh suara orang. Dengar orang ketuk tin sambil jerit kejutkan bangun sahur. Di Malaysia?? Entahlah..agaknya kalau buat macam ni,mesti orang pelik.Tenangnya dengar azan subuh. Banyak masjid disini..jadi azan pun banyak. Teringat ustazah pesan, nanti kalau nak cari rumah sewa atau beli rumah, cari rumah yang berhampiran denganmasjid.Kalau jauh nanti tak dengar azan.Betul kata ustazah..dapat sangat rasa perbezaan tinggal di rumah yang berhampiran dengan masjid dan jauh dari masjid.Banyak sangat kelebihan azan.Ustazah kata suami dia selalu azan dalam rumah bila masuk waktu solat. Kadang2 dalam bilik, ruang tamu.Kadang2 di dapur. Kata ustazah lagi, syaitan dan iblis ada dimana2 sahaja. Mereka dah berjanji nak rosakkan keturunan Adam.


Masa kecil dulu selalu pelik tengok abah azan dalam rumah. Ingatkan azan di masjid sahaja. Kalauwaktu hujan lebat yang disertai guruh,kilat dan petir, abah akan azan banyak kali. Setiap kaliabah azan pasti kami hilang rasa takut. Abah memang seorang bapa yang baik. Masa kecil dulu pelikjuga tengok abah solat waktu malam.Sebab abah solat banyak rakaat. lepas tu sujud lama-lama.Sementara azan subuh abah baca quran ataupun kitab. Abah banyak sangat kitab. Kadang2 kalau abah tiada dirumah, selalu curi2 baca kitab abah. Abah bukan kedekut tapi dia tak suka kalau buat hilang. Abah banyak juga buku2 sirah. Pernah baca, Salahuddin al-Ayubi tak benarkan orang yang tidak solat malam berada di barisan hadapan di medan perang. SubhanaALLAh..besarnya fadilatsolat malam.Abah kata kalau kita buat 3 malam berturut2 pasti kita tenang dan rasa tak selesakalau tak buat pada malam berikutnya. Benar kata abah.


Qiamulail banyak fadilat. Andai tak mampu lakukan banyak rakaat, memadailah 2 rakaat. Andai tak mampu bangun waktu malam, lakukanlah sebelum tidur. Tapi jangan sesekali tinggal. Kalau amuyang sudah tua, jalan bongkok dapat lakukannya, apatah kalau orang muda. Jadikanlah solat sunatpenampung bagi solat fardu. Belum tentu dapat pahala penuh atas solat fardu yang dilakukan.Tolak khayal..tolak tak khusyuk..tolak fikiran melayang..solat fardu jadi berlubang.Fikirkan bersama..

0 Responses So Far:

 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS