kerja x pernah habis.. 0

Ummu Khaulah | 6/27/2011 01:03:00 PM |

kerja.. kerja.. kerja..
sebut pasal kerja memang x habis.. x pernah habis.. dan x kan habis...itulah kehidupan kita.. dr awal pagi membuat persiapan sehinggalah nak tido...memang x pernah habis.. penatnya x terkira. MasyaALLAH memang x baik mengeluh,tp sebagai manusia .. memang saya akui saya lemah.. teringat satu hadis yang buat saya rasa kuat. Kuat untuk terus hidup...

Perempuan mudah masuk syurga

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,
berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Hanya 4 perkara.. kalau lelaki x kan dapat syarat mcm ni. Kenapa hanya pada perempuan?
erm... kita 'gali' satu persatu ok..

pertama.. solat, perempuan kalau nak solat kene tutup penuh2. nmpk rambut sikit
kene solat semula. kain terselak nmpk kaki .. solat semula.. kalau lelaki senang je.

pastu puasa, perempuan yang puasa... bangun kene awal, masak pagi2 buta. Tengah hari
perempuan puasa tp kalau ada anak yang x puasa, memang dugaan sebab dah la lapar, penat kene masak dan suap anak2. memang dugaan.. hari dah petang, x laratnya.. tapi kena siapkan
makanan untuk berbuka puasa.. lelaki???

Jaga kehormatan dan taat pada suami..

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang
supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya."

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu
Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya:
" Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya.Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang
sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama
meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para
suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula
menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua. Insya'Allah. Sikap isteri tidak menghormati suami adalah gejala sosial muslim sekarang.

Ia dilakukan kerana berfikir bahawa suami mesti buat seperti isteri dalam rumahtangga.
Tabiat isteri suka meleteri suami dan tabiat suami yang suka meletakkan semua tanggungjawab
rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata, mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

0 Responses So Far:

 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS