MAMA.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 0

Ummu Khaulah | 1/18/2008 06:40:00 AM |

keadaan cuaca yang sejuk di tengah malam ni aku masih tidak dapat melelapkan mata, biarpun semua orang lena dibuai mimpi indah. Sunyi sepi yang hanya bertemankan bunyi detikan jam membuatkan aku rasa rindu pada mama. Rindu sangat-sangat. Semalam aku call mama, suara mama macam orang sakit. Aku tahu kalaupun aku tanya mama, bukan jawapan yang aku dapat tapi nasihat suruh belajar rajin-rajin yang aku perolehi. Mama, kini aku sudah besar bukan lagi kanak-kanak kecil yang hanya tahu erti keseronokan. Kalau pun adik tidak menceritakan segalanya tapi dari suara mama dan naluri hati, aku dapatkan rasakan kesihatanmu tidak seperti dulu lagi. Mama slalu cakap jangan selindung apa-apa pun dari mama kerana mama yang mengandungkan anak mama. Dari dalam rahim selama 9 bulan hingga lah besar dewasa. Kalau duduk sejauh mana pun, andai anakmu sakit pasti dirimu serba tak kena disana. Begitu juga dengan anakmu ini mama, walaupun kita terpisah beberapa lautan dan benua sekalipun anakmu ini tetap merasa tidak senang dan susah hati.Mama seorang yang tabah, cekal hadapi segala rintangan.

Masihku ingat tika kau menjaga arwah tok sedang dirimu hamil 8bulan. Dalam keadaan yang sebegitu kau masih mampu uruskan dia dengan baik. Bermula dari mandi, pakai pakaian sehingggalah segalanya kau uruskan. Masa tu arwah tok lumpuh mungkin akibat strok. Aku sendiri tidak pasti. Saat itu aku rasa tidak mahu berpisah jauh denganmu. Dan aku sentiasa berdoa agar adik yg berada dalam kandungan menjadi seorang lebih tabah dan cekal darimu. Aku juga selalu doa agar suatu masa hadapan adik bakal menjadi orang yg bijaksana dan arif dalam ilmu agama Allah.Masihku ingat mama tidak tidur lena pada waktu malam tika aku demam panas dulu. Kaki aku yang luka sedikit pun mama ambil kira seolah ianya parah. Suatu ketika aku terlampau sakit kepala dan hampir pitam, sedangkan aku sudah besar tika itu tapi kau masih menjaga seolah aku masih di sekolah rendah. Berada jauh dari tanah kelahiran, aku dilanggar oleh bangsa sendiri yang tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku menyebabkan mama sekali lagi tidak senang disana. Hampir mama suruh aku pulang sedang kuliahku baru saja bermula. Masa call mama menangis, dan aku hampir tidak boleh bercakap dek tahan sebak. Bukan kerana ego tapi kalau aku juga lemah bagaimna harus aku yakinkan dirimu yang aku kuat disini. Aku ingat masa itu bukan ku tangis kerana sakit dilanggar, tapi sakit menahan rindu itu lebih dari segalanya.Kerana rindu dan sayang padamu aku tidak akan merasa senang jika tidak menghubungimu dlam tempoh 1mggu. Kerana aku tahu dirimu juga demikian, jika tidak masakan aku menerima msg kata-kata rindu dan doa buatku.
Suatu masa aku call mama, berulang kalinamun selalu gagal. Lantas kuambil jalan pintas, mujur fakru ada dirumah, kudail telefon bimbitnya. Alhamdulillah berjaya, biarpun dia jawab panggilan dalam keadaan seperti orang tidak sedar, namun aku tidak kisah kerana aku fhm jam 4pagi adalah waktu asyik baginya untuk tidur. Sementara telefon disana bertukar tangan aku sempat mendengar suara mama mengaji. Hatiku tersentuh begitu awal mama bangun, beribadah kepadaNYA. Aku perasan, sejak akhir2 ini mama berlainan sekali.
Mama, ketahuilah anakmu ini amat merisaukan kesihatanmu biarpun dirimu tidak tahu yang aku sudh tahu segala-galanya.Mama, bagiku tiada ibu yang lebih baik dari mama. Angah sayang mama, sayang sangat2.. Mama slalu pesan belajar rajin2, nti boleh balik cepat dan kita akan dapat bersua, mama slalu juga pesan suruh slalu doa agar kuarga kita berada dlam keadaan yang dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak baik. Aku tak pernah lupa semua itu. Mama nantikan kepulangan anakmu ini dengan berbekalkan ilmu yang kau pinta.InsyaALLAH...

0 Responses So Far:

 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS