Sharline..... 0

Ummu Khaulah | 1/12/2008 06:41:00 AM |

Setelah kes adik Nurin Jazlin yang hilang dan ditemui dalam keadaan sudah menjadi mayat, negara sekali lagi kecoh dengan kehilangan adik Nur Fatiha. Tidak sampai 48 jam kejadian itu, adik secomel Sharlinie kini menjadi bualan rakyat Malaysia. Apakah motif penculikan ini masih menjadi tanda tanya kepada kita semua. Berikutan apa yang berlaku membuka mata rakyat Malaysia supaya lebih prihatin dalam menjaga anak masing-masing.

Dimanakah adik Sharlinie? Sehingga ke hari ini masih menjadi persoalan. Seorang anak kecil yang masih belum kenal erti dunia hari ini menjadi mangsa penculikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ibu dan bapa mana yang boleh duduk diam apabila anak yang dikandung, dijaga, diasuh dan dimanja selama 5 tahun hilang dari sisi mereka.


Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya? Kes cabul, rogol,culik dan bunuh kanak-kanak adalah satu jenayah berat yang tidak seharusnya berlaku. Di negara kita, kes-kes jenayah seperti ini seolah-olah sudah menjadi satu kelaziman. Penjenayah sudah tidak lagi takut, bahkan berani untuk bertindak diluar batasan kemanusiaan. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Apakah negara kita kini sudah tidak lagi selamat.


Bila difikirkan semula, sedarlah kita kini bahawa sememangnya penjenayah di Malaysia sudah tidak lagi takutkan undang-undang. Mereka juga sudah tidak risau untuk berhadapan dengan Polis Di Raja Malaysia. Kerana polis Malaysia kini telah lupa diri. Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Ilmu yang dipelajari dalam bidang kepolisan telah disalah gunakan. Polis Malaysia telah menjadi "Hamba" kepada pemerintah yang mahu mengekalkan kuasa. Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat jelata kini dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menjaga kuasa politik parti pemerintah. Mereka lebih suka berpolitik, menganggu, menghalang, menyerang parti pembangkang di negara ini. Pembangkang dijadikan sasaran, ceramah diganggu. Perhimpunan aman yang termaktub dalam perlembagaan dikatakan perhimpunan haram. Mereka menzalimi rakyat dan mengabaikan amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan. Polis kini menjadi musuh rakyat yang cintakan keadilan. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis. Inilah yang berlaku sebenarnya.
Kepada ibubapa adik Sharlinie sabarlah hadapi dugaan ini..
Kepada pihak polis dan kerajaan ambillah langkah yang lebih kehadapan...
Kepada semua samalah kita mencari dan berdoa agar adik Sharlinie selamat...
Kepada penculik sedarlah hukuman Allah pasti datang...

0 Responses So Far:

 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS