MIMPI SEORANG GADIS 0

Ummu Khaulah | 12/20/2006 05:07:00 AM |

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) olehUstazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkanke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedangmenanggungkesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, Kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apayang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi akutelah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitanini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpiberjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amatdahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluarkerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannyaada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebutuntuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,Kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibukuadalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taatkepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya duabenda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernahdisedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka danmenunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedangmenjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaganabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan danmenaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan didunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurgatelah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinyakerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku. Aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambartanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebargadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebutlalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranyamimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibarkepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

0 Responses So Far:

 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS