
Ambil kesempatan atas masa yang ada, SMAM diziarah, melihat perkembangan jenerasi baru. Banyak perkara yang perlu diislah. Benar kata orang, akhir zaman anak muda amat sukar di didik. Kelab Badan Dakwah hanya pada nama sahaja. Masalah sosial semakin bertambah dari hari kehari. Lantaran rasa tanggungjawab, dengan kerjasama dua orang adik yang juga x-SMAM bersama tidak lebih 10 orang sahabat mereka, organisasi disusun. Perancangan diatur dengan teliti, walaupun tenaga kerja tidak ramai tambah pula dengan dugaan dan cabaran, namun usaha tetap usaha. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan bagi orang yang menolong agamaNYA, BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN ISLAM berjaya dilansungkan di sekolah tercinta. Harapan agar jenerasi yang bakal menghadapi dunia luar saban hari nanti tahu kehidupan yang hakiki.
"Akak, saya nak tanya satu soalan. Ada diantara senior, bila habis sekolah kemudian masuk IPT dan ambil course Pengajian Islam. Bila dah grade, kami jumpa dia tak pakai tudung dengan teman lelaki dia. Kenapa harus jadi begitu sedangkan dia belajar agama?"
"Mungkin faktor keluarga yang tidak kuat agama. Dan kemungkinan dia belajar atas permintaan keluarga bukan kehendak diri".
"Tapikan akak, walau macam mana sekalipun dia kan dah belajar hukum".
"Ya, memang benar. Kita boleh buat lagi kemungkinan dia jarang pergi kekelas dan tidak dapat belajar hukum2 yang sepatutnya dia belajar".
"Kalau macam tu kan akak, macam mana pulak dengan orang yang rajin belajar, siap sampai belajar kat Azhar lagi, tapi selalu keluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan hukum yang sebenar, contohnya Dr Masyitah".
Terkedu sebentar diatas soalan yang tidak diduga. Benar kata mereka, andai yang tahu hukum itu salah atau benar, tidak menjadi masalah tapi bagaimana dengan yang baru berjinak dengan islam. Mereka berpegang pada hukum tersebut tanpa mengetahui keadaan sebenar apatah lagi yang mengeluarkan hukum itu dari bibir mulut pelajar lulusan agama . Terasa kurang ilmu untuk di siram pada tunas-tunas baru bercambah yang dahagakan ilmu duniawi dan ukhrawi. Pesanan buat diri dan sahabat mantapkan ilmu fi sudur laisa fi kutub.
