Tarbiyyah dari Allah... 0

Ummu Khaulah | 12/06/2010 11:56:00 AM |



Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuha
n

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : “ Kami telah beriman, “ dan mereka tidak diuji?” Ankabut:2

Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma penunggang motosikal cedera ringan. Sedikit hantukan ke stereng harapnya tidak memberi kesan apa2. Kejadian berlaku kira2 jam 6.30 petang. Motosikal melalui jalan yg bertentangan. Penunggangnya masih seorang pelajar, maklumlah, dek kerana nak cepat lalu je jalan mana yg dirasakan cepat sampai. Tanpa fikir panjang dengan kelajuan yg melebihi had, mujur juga kereta sempat brek. Syukur Alhamdulillah.

Gara-gara nak main badminton.. keluar ke pasaraya Aktif yang berhampiran dengan rumah. Nak beli shuttle la kiranya. Raket dah ada. Ntah kenapa tringin sangat nak main badminton petang tu. Lama menunggu di rumah tapi shuttle x juga smpai. Akhirnya membuat panggilan bertanyakan di mana nak beli shuttle, sbb lama sgt. Terkejut, rupanya berlaku kemalangan. Cemas x terkata. Di dalam hati hanya berdoa agar perkara yg x diingini x berlaku.

Kereta teruk.. kata orang 2 bulan siap. Tp entah la. Apa2 pun redha dengan ketentuan yg telah ditakdirkanNYA. Setiap yg terjadi pasti ada hikmah yg kita tidak tahu.Kesempitan, kekecewaan, kesusahan .... semua orang akan merasa cumanya dengan cara yang berbeza...

“ Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya.” al-Maidah:119

Keredhaan akan membuka pintu keselamatan. Keredhaan membuat hati menjadi bebas dan bersih daripada tipu daya, kebusukan dan kedengkian. Sabda Rasulullah SWT dalam Hadis, maksudnya :

“ Telah merasai manisnya keimanan orang yang redha kepada Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai Nabi ikutannya.”

Hanya ujian itu sebagai teguran manis dari Allah bahawa kita ini sedang lalai. Jangan sombong dengan nikmat Allah. Allah ingin ingatkan kita bahawa apa yang ada pada kita, harta, suami, isteri, anak-anak, pangkat dan ilmu yang kita semuanya milk Allah, hanya pinjaman kepada kita untuk menguruskannya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah.

Indahnya tarbiyah dari Allah. Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan. Semoga kita sentiasa diberi hidayah untuk memahami tarbiyah itu.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 286)

0 Responses So Far:

 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS