kerja x pernah habis.. 0

Ummu Khaulah | 6/27/2011 01:03:00 PM |

kerja.. kerja.. kerja..
sebut pasal kerja memang x habis.. x pernah habis.. dan x kan habis...itulah kehidupan kita.. dr awal pagi membuat persiapan sehinggalah nak tido...memang x pernah habis.. penatnya x terkira. MasyaALLAH memang x baik mengeluh,tp sebagai manusia .. memang saya akui saya lemah.. teringat satu hadis yang buat saya rasa kuat. Kuat untuk terus hidup...

Perempuan mudah masuk syurga

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,
berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Hanya 4 perkara.. kalau lelaki x kan dapat syarat mcm ni. Kenapa hanya pada perempuan?
erm... kita 'gali' satu persatu ok..

pertama.. solat, perempuan kalau nak solat kene tutup penuh2. nmpk rambut sikit
kene solat semula. kain terselak nmpk kaki .. solat semula.. kalau lelaki senang je.

pastu puasa, perempuan yang puasa... bangun kene awal, masak pagi2 buta. Tengah hari
perempuan puasa tp kalau ada anak yang x puasa, memang dugaan sebab dah la lapar, penat kene masak dan suap anak2. memang dugaan.. hari dah petang, x laratnya.. tapi kena siapkan
makanan untuk berbuka puasa.. lelaki???

Jaga kehormatan dan taat pada suami..

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang
supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya."

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu
Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya:
" Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya.Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang
sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama
meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para
suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula
menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua. Insya'Allah. Sikap isteri tidak menghormati suami adalah gejala sosial muslim sekarang.

Ia dilakukan kerana berfikir bahawa suami mesti buat seperti isteri dalam rumahtangga.
Tabiat isteri suka meleteri suami dan tabiat suami yang suka meletakkan semua tanggungjawab
rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata, mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

UJIAN, DUGAAN DAN PEPERIKSAAN 0

Ummu Khaulah | 6/25/2011 09:47:00 AM |

Semalam ke klinik kesihatan temerloh .. minggu ni 2 kali ke klinik, semuanya gara-gara darah kurang. Hemoglobin(hb) turun. Bulan lepas HB 9.9, kelmarin 8.1.. semalam 7.9.... makin hari makin turun ... HB normal 11 ke atas.. Doc nasihat makan makanan yg boleh tambah darah.. Erm... ntah la, kene makan kerang, bayam, hati.. macam2 doc suruh makan... dah makan semua tu. Tapi darah tak mahu ok juga.. semalam 4 botol darah doc ambil. Kene suntik bnyk kali, gara-gara doc x jumpa urat. Urat nipis sangat katanya. Sampai lebam dah di lengan ni. Doc bg masa 2 minggu untuk ok kan darah.. kalau tidak, lepas ni kene ulang alik ke klinik masuk darah dalam tubuh. aduh... ujian...

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(-Surah al-Baqarah ayat 286-)

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu, dan akan kami uji perihal kamu….”
(Surah Muhammad, ayat 31)

Balik dari klinik sepupu yang ambil, macam2 yang kami sembang. Seronok sangat. Sembang2.. bukan sembang biasa.. sembang ilmiah. Benarlah kata salah seorang sahabatku. Tak semestinya orang yg ada Ijazah tu pandai.. pandai kat kertas je.. tp ramai yg ada ijazah tp 'ilmu' xde. Bila minta pendapat atau pandangan.. senang je jawab. 'x reti' 'x pandai' 'malu' mcm2 la. Kak sepupu orangnya biasa2 je tapi kata-kata penuh makna.
Kata kak sepupu, kita hidup kat dunia ni seolahnya kita sedang menjalani peperiksaan. Bila musim peperiksaan, suasana memang lain. Solat awal waktu, doa x putus.. kalau bangun awal malam tu x yah kata la.. jarang sgt x bangunnya. Mesti bangun punya, kalau x bangun mesti rasa nk nangis.. sebab nk doa punya pasal.. pastu kalau bab2 minta maaf ni lagi la.. jap2 call parents minta maaf, kot2 ade yang salah2.. pastu dengan kawan2 pun sama juga. Mesti jaga hubungan.. semuanya kerana takut gagal.. gagal dalam exam.. bila gagal nti susah la.. kene marah.. kene denda.. pastu x nak sambung pengajian kat mana pula..

Begitu juga dengan kehidupan kita.. kita sedang menjalani peperiksaan.. natijahnya di hadapan ALLAH S.W.T nanti. Allah sediakan hadiah syurga dan denda neraka..kita yang pilih di mana kita nak tinggal. Allah sediakan juga pelbagai ujian, kita fikir la, nak lulus atau gagal.. kalau tiada ujian, macam mana nk tentukan natijah... macam mana nak tau kita kene duduk mana..

Pelbagai ujian Allah tentukan kat kita mengikut kemampuan masing2..kita mampu hadapi tapi kene sabar la. Ujian juga cara Allah tarbiyyah kita.. Kalau kita fikir x larat dengan ujian.. kita kene fikir yang ada orang lagi teruk di uji dr kita.. ada orang di uji dengan wang ringgit, selalu x cukup.. tp dia x di uji dengan penyakit. Ade org pula sakit macam2 tapi x pernah ada pula masalah kewangan. Ade orang x sakit, kewangan ok.. di uji pula dengan masalah keluarga yang teruk2... Ade juga yg semua dia kene.. tp x teruk la. sikit2.. Macam tu lah kehidupan kita. Onak duri, liku kehidupan, rintangan .... macam2 kita kene tempuh.. macam2 kita kene lalui dan hadapi.. Syukurlah dengan ujian yang disediakan..
KEHIDUPAN
Nasyid: In-Team & Nazrey Johari
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan






.::LELAKI SOLEH PUN CEMBURU.......::. 0

Ummu Khaulah | 4/21/2011 11:31:00 AM |

  • Rasullullah s.a.w mencemburui Mariah al-Qibtiyyah

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasullullah S.A.W, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya..

Suatu hari, Rasullullah S.A.W menemui Mariah dan melihat kelibatnya ada bersamanya. Rasullullah S.A.W berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Dijalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasullullah S.A.W pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan baginda. Rasullullah S.A.W lantas menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.

Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap keadaan kemaluannya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasullullah S.A.W. Rasullullah S.A.W berkata : " Jibrail telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku".

(Riwayat Al-Bazzar)

  • Umar cemburukan isterinya ke masjid

Umar bin Al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. pernah isterinya keluar untuk solat berjemaah di masjid. daripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata " Jika kanda melarang, dinda takkan pergi". Umar diam sahaja kerana teringat pesanan Rasullullah S.A,W yang bermaksud "janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid"

(Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud)

  • Ibnu Umar cemburu mendengar bicara isterinya dengan lelaki kerabatnya

Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibnu Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpul pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan.

  • cemburu Mu'az bin Jabal waktu Makan Epal

Al-Kharaithi menyebut daripada Mu'az bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. lalu masuklah hambanya menemuinya. kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu'az berasa cemburu sehingga dia bertindak memukul isterinya..

Lelaki soleh pun cemburu kerana ia lumrah cinta dan kasih sayang.....


Lelaki soleh pun cemburu kerana ia lumrah cinta dan kasih sayang.....

Handphone And Laptop dikalangan pelajar sekolah 0

Ummu Khaulah | 1/05/2011 07:20:00 PM |

Sepetang bersama rakan setugas yg berlainan tempat, meluahkan isi hati yg terpendam. apa lgi kalau bukan pasal pelajar. Huh.. hari2 pasal
pelajar.. semakin hari masalah disiplin seolah tiada jalan penyelesaian..

Semuanya kerana teknologi maklumat yg kian canggih. Merosakkan pemikiran dan akhlak pelajar. Handset, boleh dikatakan hampir 80% pelajar memiliki handset. Bukan tidak melarang pelajar bawa handset ke sekolah. Tetapi yg larang tu lah yg mereka suka buat. Puas marah.. puas denda.... tp x juga serik. Rampas hanset simpan dlm bilik disiplin, akhir tahun baru bagi smula.. ermm.. tetap x jalan, mana x nya, kita rampas hari ni, esok dia beli yg lain pulak. Ada rm 50 kt tangan dah memadai untuk memiliki hndset. Ada yg bg alasan handset kene ade sbb kami duk jauh. Nanti ibu risau. Bagi peluang kt mereka benarkan bw hndset dengan syarat x leh bwk hp yg ade camera dan memory card. Aduh!! pening, hp 3310 nokia tu pun mereka leh buat keje x senonoh.

Ada ibu bapa penjaga soal kami. Kenapa bria sgt ckp hp punca akhlak dan moral runtuh. Susah!!! Memang x leh nafi lagi hp puncanya. Encik buka sndri hp anak ni dan tgk apa yg kt dalam. Terkejut mereka bila tgk sndri. Mengikut dr soal selidik pelajar, nk dapatkan video lucah bukan menjadi 1 mslh. Bayar je rm5 kat kedai hp dah boleh dapat 50 video klip. Astaghfirullah.. kejenya duk tgk video tu stiap hari..
tu la bila belajar, payah nk dapat. hati dah kotor. Bila bg bwk yg 3310 dan seumpama dengannya. Pun susah juga. Duk msg lelaki dan perempuan dr "A smpai z' crita nya. Smpai kene mandi wajib.Astaghfirullah..

Tu crta hp.. pasal laptop lain lak nye.. lg hebat.. pakat tgk ramai2. Siap tutup lampu dlm dorm.

Untuk ibu bapa tolong lah sgt2.. fikirkan pasal hp dan laptop ni. Kira sndri brpa pratus kebaikan dan keburukan palajar mempunyai hp dan laptop. Tolong senaraikan kebaikan dan keburukan. Tgk sendri... jgn fikirkan kemudahan je.. fikir juga sok2 anak2 rosak. Pening juga dengan alasan peljar,
"Mak yg hadiahkan sempena hari lahir"
"Ayah kata bwk je, pndai2 la sorok. payah sgt nk hubungi kamu"
"Kalau cikgu marah kata ibu suruh bwk sbab sy ni x sihat sgt"

Kecik punya alasan. x munasabah.. x sesuai.. xleh diterima...

Kata sahabat.. rasanya ade agenda nk rosakkan anak2 islam. 'dia cmpak' hp dan laptop ke Malaysia. Kononya pelajar perlu tau isu semasa. Padahal ada agenda yg tersembunyi..Dah tau siapa punya agenda, tp malas nk sembang panjang, sbb kwn tu x akan dapat trima kebeneran. xpe lah slow2.. insyaALLAH suatu hari nanti pasti bgtau.

Tahun Baru ~ 1.1.11 ~ 0

Ummu Khaulah | 1/01/2011 05:59:00 AM |

1.1.11 erm...
cantik no ni.. kalau sparuh orang suka buat sesuatu ikut nombor yg nmpk cantik..contoh macam artis2.. kalau kahwin ambil no mcm tu la... x yah kata artis.. golongan cerdik
pandai pun sama je..tp x dgr pula orang nk khwin 1.1.11.. myb awl tahun.. atau musim hujan.ntah la.. tp yg pasti apa ada pada nombor.. kalau percaya pada nombor, kata orang mcm kepercayaan cina je. ye ke?

nombor vs angka

sejak kecil di ajar dengan nombor. Mula dengan membilang nombor 1 hingga 10.
Dah besar tambah lagi.. kerana nombor juga, kena duduk bawah kerusi. Semuanya gara-gara
x ingat sifir. Maklumlah mama dan abah bekas guru. Dan merekalah guru pertama
sejak melihat dunia. Setiap hari latihan matematik banyak sangat. Mama kata jangan sampai
dapat markah rendah dlm subject math. Dari x minat jadi minat. Mana x nya tiap2 hari
kene buat latihan. Smpai la tingkatan 5. Tuisyen math dengan Sir Ridhuan Tai, erm.. yg ni lagi parah. Dia pernah ckp nk suruh kami masa tu berempat (kita,along,ayub n atan)buat latihan
sampai termuntah.. yup. Rupanya dia kotakan janji dia. Suatu pagi mula dari jam 8.30 pagi.
Di hadapan rumahnya (biasanya buat di rumah kami), kononnya open table... atas meja ada
air, keropok dan 1 balang gula-gula. Bermula kami membuat latihan.. rehat 10 min setiap jam.
Sir buat kerja dia sambil2 jaga puterinya Aisyah Faqehah. Jarum menunjukkan angka 11 pagi.
Bahang mentari makin terasa.. Sir mcm biasa dr td dengan kerjanya. Tak faham tanya.. itu je yg
dia kata.. cuma sekali sekala dia sembang dengan kami. Masa terus berlalu. Sekali lagi
anak mata statik pada jarum jam. Adui... Dah pukul 1.30 petang. Sir bagi rehat tp 15min.
Kemudian sambung lagi. x siap xleh balik rumah.. Akhirnya keluar juga isi perut..
gelora dr td lagi.. Benar! Dia x pernah mungkir janji. Dia senyum je, dengan tanpa rasa bersalah
dia kata nanti hari exam keluarkan segala latih tubi tu mcm muntah yg keluar td. Sekali lagi dia
benar.. di hari exam math bagaikan muntah yg keluar. Kami jwb dengan selamba. Sebab soalan
teramat senang bg kami. Kami bertiga dapat A dalam subject math cuma along yg dapat c.. kat
mana silapnya ntah la. "Practice Make Perfect" pesan abah masih terngiang di telinga ni. Thanks 4 abah, mama n Sir.

Pentingkah Angka?

Mari kita fikir.. Adakah subject Math rekaan manusia? Apakah tambah tolak darab bahagi pecahan itu ciptaan manusia semata? Angka, Nombor, Mathematic membawa kita ke syurga? Angka bukan ciptaan manusia.. Semuanya telah di ajar oleh KHALIQ kepada MAKHLUK melalui utusanNYA. Semua terkandung di dalam KITABNYA...contohnya:

Al-Quran. Surah An-Nisa' Ayat 11:
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagian ialah 'A (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Jika si mati tidak mempunyai anak, sedangkan yang mewarisnya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik), maka bahagian ibunya ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutang. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa yang di antaranya lebih dekat serta lebih dekat serta banyak manafaatnya kepada kamu,(pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan ialah) ketetapan dari Allah, sesunggulinya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Media Bijaksana ".


Perkataan “Yaum” (hari) dalam bentuk tunggal disebutkan sebanyak 365 kali, sebanyak jumlah hari pada tahun Syamsyiyyah (matahari @ masehi).
Perkataan “Syahr” ( bulan) sebanyak 12 kali, sama dgn jumlah Bulan dalam satu Tahun.
Perkataan “Yaum” (hari) dalam bentuk plural (jamak) sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu Bulan.
Perkataan “Sab’u” (minggu) disebutkan 7 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu minggu.
Jumlah “ saah” (jam) yang didahului dengan ‘harf’ sebanyak 24 kali, sama dengan jumlah jam dalam satu hari.
Perkataan “Sujud” disebutkan 34 kali, sama dengan jumlah raka’at dalam solat 5 waktu
Perkataan “Shalawat” disebutkan 5 kali, sama dengan jumlah solat wajib sehari semalam.
Perkataan “Aqimu” yang diikuti kata “Shalat” sebanyak 17 kali, sama dengan jumlah Raka’at Sholat fardhu/ wajib.


Math boleh membawa kita ke syurga atau neraka? Betul ke?

Ya, benar. kenapa kita pilih jawapannya 'ya'? Mari sama2 lihat. Bukankah zakat itu melibatkan
angka,kira-kira,bilangan @ math? Bukankah pembahagian harta pusaka juga melibatkan kira2?Dan banyak lagi perkara yg melibatkan kira-kira dalam hidup kita.. Bukankah kalau kita salah kira-kira atau buat2 salah dalam pengiraan zakat atau pembahagian harta pusaka tu dosa?Sengaja salah kira wang semasa jual beli??

Hanya anak-anak cina yg benar2 hebat dalam subject Math?

Erm..... tidak di nafikan peratusnya. Tetapi reality hari ini ramai anak2 melayu turut hebat
dalam math. Adik ipar kita sendiri hebat dalam math. Buktinya, dia berjaya memperolehi
ijazah dalam bidang Math. Adik beradik kita sendiri dalam exam subject Math mesti dapat A.
Kalau tgk sirah pun yg paling hebat Math orang ISLAM.. antaranya Khawarizmi, Ibnu Sina dan
ramai lagi. Bangsa dan agama bukan sebab untuk hebat atau lemah dalam subject Math,
yg penting ialah usaha kita untuk hebat dalam sesuatu bidang tersebut.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN 0

Ummu Khaulah | 12/20/2010 08:54:00 AM |


Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran yg ke-4 buat afiqahafaf.blospot. erm.. manusia yg berusia 4 tahun mcm2 dah pandai.. makan dan minum tentu sendri.. solat dan baca iqra' sudah pasti bagi anak yg diajarkannya. Tapi blog bukan manusia. Namun tetap memberi sumbangan kepada manusia.. Melalui tuan blog yg sentiasa update isu2 ilmiah pasti dapat membantu manusia yg dahagakan bahan ilmiah. Namun ada juga tuan blog yg update isu2 yg merosakkan pemikiran manusia. Itu lah mengundang kepada berlakunyan prkara yg dilarang olehNYA.

InsyaAllah, mudah-mudahan afiqahafaf.blogspot dapat menyumbang bahan ilmiah dan berkongsi isu2 ilmiah yg diperlukan oleh manusia pada hari ini. Setakat kemapuan yg ada, afiqahafaf.blogspot akan menjadi wasilah da'wah di arena penulisan dan internet.

Teguran yg membantu bukan membatu amat dialu-alukan. Kepada insan yg banyak membantu serta banyak memberi dorongan sampai hari ini, hanya jazakumullahu khoiran kathira mampu di ucapkan.

belajar.. belajar.. dan terus belajar.... 0

Ummu Khaulah | 12/18/2010 04:57:00 PM |


Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

Selagi roh bersama jasad.. selagi nyawa bersama badan.. selagimana bergelar manusia yg hidup, selagi itulah ilmu perlu dituntut. Ckp pasal ilmu ni, tiada siapa pun yg mampu menguasai segala ilmu. Makin belajar makin x tahu. Aduii!!! Tapi itulah realiti.. Ilmu sangat luas. Teringat kata seorang pensyarah ketika sedang mengambil diploma ketika dahulu. Ketika itu seorang sahabat x tau nak tulis apa pada tesis nye. Pensyarah tu kata, apa pening2... kalau
buat tesis tajuk TAHI pun dah berjilid2 boleh buat. Dari segi aspek jenis,warna, bentuk, setiap makhluk berlainan sifatnya ( kemudian huraikan pula untuk setiap makhluk tu, dalam dunia ni bukan manusia je yg hidup), masukkan fakta sains dan dalil, kegunaan dan kebaikan. Masukkan juga permasaalah fiqh. fuh!! pasal tu aje dah lebih dair 50 muka surat.. ermm.. Betul juga katanya.

Syair Imam Syafie:

Tiada seorang pun dapat menguasai semua ilmu
Tidak! Walaupun dia hidup 1000 tahun
Sesungguhnya ilmu seperti laut yang luas
Maka ambillah sebahagian yg baik darinya

Makin belajar .. makin x tau.. sebab makin x tau kita kena belajar.. macam2 kene belajar..
ilmu dunia, ilmu akhirat... permasaalahan feqah, akhlak, hadis, tauhid, sains, matematik,geografi...ilmu masak, menjahit, mengemas, komputer, kereta dan lain2....

Belajar , mengajar dan pelajar..... Alhamdulillah, di samping mengajar, ditawarkan belajar secara khusus, menjadi pelajar DPLI kerjasama USIM, JAIP dan STASAB.

2hb Jan daftar di USIM. 8hb Jan mula belajar.. Doakan Allah permudahkan segala urusan.

Muharam 0

Ummu Khaulah | 12/15/2010 05:55:00 PM |

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Tarbiyyah dari Allah... 0

Ummu Khaulah | 12/06/2010 11:56:00 AM |



Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuha
n

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : “ Kami telah beriman, “ dan mereka tidak diuji?” Ankabut:2

Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma penunggang motosikal cedera ringan. Sedikit hantukan ke stereng harapnya tidak memberi kesan apa2. Kejadian berlaku kira2 jam 6.30 petang. Motosikal melalui jalan yg bertentangan. Penunggangnya masih seorang pelajar, maklumlah, dek kerana nak cepat lalu je jalan mana yg dirasakan cepat sampai. Tanpa fikir panjang dengan kelajuan yg melebihi had, mujur juga kereta sempat brek. Syukur Alhamdulillah.

Gara-gara nak main badminton.. keluar ke pasaraya Aktif yang berhampiran dengan rumah. Nak beli shuttle la kiranya. Raket dah ada. Ntah kenapa tringin sangat nak main badminton petang tu. Lama menunggu di rumah tapi shuttle x juga smpai. Akhirnya membuat panggilan bertanyakan di mana nak beli shuttle, sbb lama sgt. Terkejut, rupanya berlaku kemalangan. Cemas x terkata. Di dalam hati hanya berdoa agar perkara yg x diingini x berlaku.

Kereta teruk.. kata orang 2 bulan siap. Tp entah la. Apa2 pun redha dengan ketentuan yg telah ditakdirkanNYA. Setiap yg terjadi pasti ada hikmah yg kita tidak tahu.Kesempitan, kekecewaan, kesusahan .... semua orang akan merasa cumanya dengan cara yang berbeza...

“ Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya.” al-Maidah:119

Keredhaan akan membuka pintu keselamatan. Keredhaan membuat hati menjadi bebas dan bersih daripada tipu daya, kebusukan dan kedengkian. Sabda Rasulullah SWT dalam Hadis, maksudnya :

“ Telah merasai manisnya keimanan orang yang redha kepada Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai Nabi ikutannya.”

Hanya ujian itu sebagai teguran manis dari Allah bahawa kita ini sedang lalai. Jangan sombong dengan nikmat Allah. Allah ingin ingatkan kita bahawa apa yang ada pada kita, harta, suami, isteri, anak-anak, pangkat dan ilmu yang kita semuanya milk Allah, hanya pinjaman kepada kita untuk menguruskannya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah.

Indahnya tarbiyah dari Allah. Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan. Semoga kita sentiasa diberi hidayah untuk memahami tarbiyah itu.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 286)

Hujan lagi..... 0

Ummu Khaulah | 11/28/2010 09:28:00 PM |


Petang ni hujan lagi.. baru je post tentang hujan… kini post tentang hujan lagi… kenapa? Kerana sangat suka pada hujan.. hujan salah satu nikmat yang sgt dihargai.. salah satu hobi yg berlainan dengan orang lain ialah melihat titisan2 hujan jatuh ke bumi, rasa sangat tenang…damai x terucap dengan kata2. Dari jendela kaca ini, jelas kelihatan titisan hujan. Musim hujan memang sejuk. Tidak dinafikan banyak perkara yg tak dapat dibuat tika hujan. Namun tetap gembira.

Bila sejuk begini terbayang di mata memori di bersama sahabat yg sangat disayangi tika di Qaherah, Mansura dan Iskandariah. Musim sejuk di Mesir, tak kan lupa dari benak fikiran ini. Qaherah dan Iskandariah jarang hujan, tidak seperti di Mansura. Dengan keadaan yang takde longkang atau saliran air menjadikan jalan raya becak dengan lecah. Peristiwa yg x akan lupa.. suatu ketika dalam perjalanan ke kelas dari rumah terpaksa melalui jalan yg sangat becak. Habis kasut berselut tebal. Sampai sukar nak mengangkat kaki dek kerana selut yang banyak. Aduh!! Tiba-tiba je ada kereta lalu, sekali lagi ujian datang, habis jubah terkena percikan air selut. Perasaan masa tu, hanya yg merasa je yg tau. Oleh kerana hari tu sgt semangat nak ke kelas. Balik semula rumah dan salin pakaian. Pergi kelas ikut jalan lain. Sampai di kelas, sahabat2 dah penuh sedang berbincang mengenai madah hari tu. Terpaksa duduk di belakang. Tak kisah la janji dapat belajar . Memang hari tu di uji sangat sbb Ustaz x datang. Namun x rasa pun kecewa, sekurangnya dapat berbincang dengan

sahabat2. Dapat berjumpa mereka.

Teringat satu sirah, tika Hassan al-Banna

mengarahkan pengikutnya berkumpul di Ramsis, apabila telah semuanya tiba, Hassan al-Banna mengarahkan mereka pulang tanpa apa2 pengisian ilmiah. Begitu wala’ dan taat. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah mengenai taat, wala’ serta ukhwah. Kerana apabila berjumpa sahabat2 kita akan dapat berukhwah. Bertanya khabar, bertukar2 pendapat, berkongsi maklumat serta banyak yg dapat kita perolehi.

Hidup kita akan sentiasa akan diuji. Sedang para nabi kekasih Allah juga diuji, inikan pula kita manusia biasa. Ingatkah kita, Nabi Muhammad diuji yang mana ketika baginda dibaling najis dan batu. Nabi Ibarahim dibakar hidup2. Nabi Nuh dengan kedegilan ahli keluarganya. Nabi Ibrahim diperintah oleh Allah supaya menyembelih anaknya. Nabi Yusuf dikhianati oleh abang2 sendiri. Nabi Yunus ditelan ikan Nun. Dan banyak lagi kisah para Nabi diuji dengan berbagai2 ujian..Sabar menahan ujian itu kan dapat pahala. Percayalah sebenarnya kita mampu hadapi ujian tu.

Firman Allah:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

al-Baqarah:286

Cuti sekolah 0

Ummu Khaulah | 11/28/2010 11:08:00 AM |


“Ni la time nak rehat”..“Hari sekolah kene baca buku”…..”Time cuti takde homework.. mesti la seronok”.

Begitulah antara jawapan pelajar apabila ditanya mengenai cuti persekolahan, tidak dinafikan terdapat pelajar yg bosan di musim cuti.

“Bosanlah..tak tau nak buat apa”..”Tak boleh jumpa kawan, rumah kami jauh2.kalau sekolah dapat juga jumpa”..

Macam2 ragam mereka.. macam mana pula dengan guru??

“Relax sikit dari melayan kerenah student”. “Ni la masa nak nak enjoy dengan family”. “Bosan juga cuti lama2 ni. Tak tau nak buat apa”.

Setiap orang berbeza pendapat masing2.. tidak salah memberi pendapat, asalkan tidak lari dari landasan yg telah digariskan olehNYA.Bagi diri ini tugas guru bukan setakat di sekolah. Jadi, bila diaju persoalan mengenai cuti, hanya senyuman yang mampu menjadi jawapan. Alhamdulillah, diawal cuti baru2 ni, ditawarkan menjadi guru bimbingan program quran di masjid maran. Bermula jam 8 pg sehingga 12 tengahhari. Pelajar berusia 5 tahun hingga 14 tahun… awalnya terkejut juga.. ingatkan pelajar sekolah menengah, maklumlah tak pernah mengajar di sekolah rendah. Cabaran yang utama sekali ialah mengajar pelajar 5-6 tahun... macam mana sekalipun tetap gembira kerana semangat yg ada dalam diri mereka untuk belajar tentang islam.

Guru hanya pada perkataan… yang paling penting mesti faham dengan tugas sebenar seorang guru. Bukan hanya sekadar mengajar di kelas.. mesti tahu bahawa guru adalah murabbi, mu’allim, mudarris… pelajar yang ada pada hari inilah yg bakal memimpin Negara pada masa akan datang. Sanggupkah kita melihat Negara kita pada masa hadapan seperti Negara barat yang takde nilai moral dan akhlak, hidup tanpa tujuan dan matlamat. Andai nak dihuraikan tugas guru memang panjang.. memang banyak. tapi hari ini, ramai guru yang hanya sekadar ingin mencari periuk nasi..melepaskan batuk ditangga kerana dah xde kerja maka pilih la guru sbagai pekerjaan. Kononnya guru kerja yang paling mudah.. sebab mereka x faham bahwa guru punya tugas besar. Kerana gurulah yang melahirkan para doctor, arkitek, pensyarah dan lain2..

hujan.... 0

Ummu Khaulah | 11/25/2010 10:44:00 PM |


Proses terbentuknya hujan masih merupakan misteri besar bagi orang-orang dalam waktu yang lama. Baru setelah radar cuaca ditemukan, bisa didapatkan tahap-tahap pembentukan hujan.. Pembentukan hujan berlangsung dalam tiga tahap. Pertama, "bahan baku" hujan naik ke udara, lalu awan terbentuk. Akhirnya, curahan hujan terlihat.
Tahap-tahap ini ditetapkan dengan jelas dalam Al-Qur’an berabad-abad yang lalu, yang memberikan informasi yang tepat mengenai pembentukan hujan,

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Kini, mari kita amati tiga tahap yang disebutkan dalam ayat ini.

TAHAP KE-1: "Dialah Allah Yang mengirimkan angin..."

Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air tersembur menuju langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfir. Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan uap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air".

TAHAP KE-2: “...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..."

Awan-awan terbentuk dari uap air yang mengembun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Karena air hujan dalam hal ini sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

TAHAP KE-3: "...lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya..."

Partikel-partikel air yang mengelilingi butir-butir garam dan partikel -partikel debu itu mengental dan membentuk air hujan. Jadi, air hujan ini, yang menjadi lebih berat daripada udara, bertolak dari awan dan mulai jatuh ke tanah sebagai hujan.

Semua tahap pembentukan hujan telah diceritakan dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Selain itu, tahap-tahap ini dijelaskan dengan urutan yang benar. Sebagaimana fenomena-fenomena alam lain di bumi, lagi-lagi Al-Qur’anlah yang menyediakan penjelasan yang paling benar mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang pada ribuan tahun sebelum ditemukan oleh ilmu pengetahuan.
Dalam sebuah ayat, informasi tentang proses pembentukan hujan dijelaskan:

"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Al Qur'an, 24:43)

Para ilmuwan yang mempelajari jenis-jenis awan mendapatkan temuan yang mengejutkan berkenaan dengan proses pembentukan awan hujan. Terbentuknya awan hujan yang mengambil bentuk tertentu, terjadi melalui sistem dan tahapan tertentu pula. Tahap-tahap pembentukan kumulonimbus, sejenis awan hujan, adalah sebagai berikut:

TAHAP - 1, Pergerakan awan oleh angin: Awan-awan dibawa, dengan kata lain, ditiup oleh angin.

TAHAP - 2, Pembentukan awan yang lebih besar: Kemudian awan-awan kecil (awan kumulus) yang digerakkan angin, saling bergabung dan membentuk awan yang lebih besar.

TAHAP - 3, Pembentukan awan yang bertumpang tindih: Ketika awan-awan kecil saling bertemu dan bergabung membentuk awan yang lebih besar, gerakan udara vertikal ke atas terjadi di dalamnya meningkat. Gerakan udara vertikal ini lebih kuat di bagian tengah dibandingkan di bagian tepinya. Gerakan udara ini menyebabkan gumpalan awan tumbuh membesar secara vertikal, sehingga menyebabkan awan saling bertindih-tindih. Membesarnya awan secara vertikal ini menyebabkan gumpalan besar awan tersebut mencapai wilayah-wilayah atmosfir yang bersuhu lebih dingin, di mana butiran-butiran air dan es mulai terbentuk dan tumbuh semakin membesar. Ketika butiran air dan es ini telah menjadi berat sehingga tak lagi mampu ditopang oleh hembusan angin vertikal, mereka mulai lepas dari awan dan jatuh ke bawah sebagai hujan air, hujan es, dsb.

(Anthes, Richard A.; John J. Cahir; Alistair B. Fraser; and Hans A. Panofsky, 1981, The Atmosphere, s. 269; Millers, Albert; and Jack C. Thompson, 1975, Elements of Meteorology, s. 141-142)

Kita harus ingat bahwa para ahli meteorologi hanya baru-baru ini saja mengetahui proses pembentukan awan hujan ini secara rinci, beserta bentuk dan fungsinya, dengan menggunakan peralatan mutakhir seperti pesawat terbang, satelit, komputer, dsb. Sungguh jelas bahwa Allah telah memberitahu kita suatu informasi yang tak mungkin dapat diketahui 1400 tahun yang lalu.

Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS 0

Ummu Khaulah | 6/16/2010 09:29:00 AM |

Ditulis oleh Harakahdaily
TUESDAY, 15 JUNE 2010 02:42

KUALA LUMPUR, 15 Jun - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.


Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.



Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.


Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.


“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.


Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.


“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

FADHILAT PUASA RAMADHAN 0

Ummu Khaulah | 8/20/2009 08:38:00 PM |

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

politik oh politik 0

Ummu Khaulah | 7/31/2009 08:43:00 PM |

erm.. bila cakap pasal politik, sebenarnya ramai yg x tau apa itu politik dan kenapa mesti berpolitik... kenapa ada orang suka cakap pasal politik ... ada yg x suka... ada yg cakap perlu cakap.. ada yg bagitau x yah cakap... hidup macam biasa2 pun x pe....

Tp Allah ajar kita politik dalam ISLAM.. nampak x kat mana ALLAH ajar??
Cuba perhatikan solat yang kita lakukan setiap hari.Bukankan pemerintahan itu memerlukan 4 perkara:

1- imam ~ ketua
2- wilayah ~ tempat solat
3-makmum ~ rakyat
4- undang2 ~ undang2

cukup x??? ermm.. skarang kita tengok lagi.. dalam solat ada ketua dan rakyat. betul kan? Allah ajar lagi, rakyat perlu ikut ketua.. x leh langkah2. Dalam solat, makmum perlu ikut imam, mana boleh rukuk terlebih dahulu sebelum imam rukuk. Kalau buat sebelum imam buat, x sah la solat. jelas kan? ok kita tengok lagi... kalau imam baca salah atau contohnya tertinggal salah satu rukun solat, maka makmum kene la tegur.. macam tu jugak dengan dalam pemerintahan .. kalau ketua salah kene tegur.. ALLAH ajar kita macam tu.. sbab manusia x sempurna sering lakukan kesalahan. Tapi cuba tengok pemerintahan yg berlaku dlm negara kita.. siapa yang lakukan pemerintah seperti yg ALLAh ajar?? aduhhh ... susah sangat ke? ntah la... yg pasti nk lakukan seperti yg ALLAH perintah memang susah , tp kalau sebaliknya.. semua orang senang nak buat...

FIKIR SAMA-SAMA.... 0

Ummu Khaulah | 5/29/2009 12:59:00 PM |


tak yah la nk aktif sangat dengan politik, awak tu belajar lagi nanti kene tarik pinjaman atau biasiswa, kan susah nanti..

habis tu.. bila????

nanti2 la.. bila dah kerja...

yer ke?? nanti bila dah kerja.. tak yah la giat sangat .. nanti kene buang kerja.. tak pun, nanti kene hantar jauh2..

(senyap.. termenung)

bila dah ade anak nanti.. mesti cakap tak yah la.. nanti biasiswa anak kene tarik.. nak masuk universiti mana2 pun payah...
erm.. dah pencen ..dah tua...??? alasan nanti... mana larat nak gerak dah.. nak siram pokok pun tak larat..

Ni lah orang yang hidup .. tapi sebenarnya baik tak hidup..

termenung dan terus termenung....

Alasan lagi... manusia memang suka cipta alasan.. bila dah sekali cipta alasan, alasan jadi sebati dengan diri,
Kalau tak buat alasan diri jadi lemah agaknya.. macam tak makan nasi sehari... Ulama' berhari-hari tak makan ok je..

Mari sama-sama fikir.. untuk apa kita hidup?? dari kecil.. dewasa. kahwin.. ada anak.. ada cucu... lepas tu MATI...
mana tanggungjawab kita sebagai manusia..??? Bekalan apa yang nak dibawa untuk menghadap ILAHI???

Eh, saya solat la.. puasa, zakat pun saya bayar... tak pernah pulak derhaka kat ayah dan ibu..

Yup... tapi tanggungjawab sebagai khalifah??? macam mana?? selesai ke?


Diam lagi...


Jangan sampai terlewat... fikir apa sumbangan kita terhadap ISLAM.. selama kita hidup??
Apa yang dah kita buat untuk ISLAM.. bukan untuk diri kita.. ISLAm hari ini ditindas.. ada rasa sensitif tak?? ke tak nampak?? atau buat-buat tak nampak... Kita hidup mesti dalam jemaah.. bukan buat hal sendiri-sendiri je.. fikir pasal masa depan diri je. tapi tak pernah fikir pasal ISLAM... INGAT NANTI KITA AKAN DI TANYA.. MASA TU JAWAB LA.. JANGAN NANTI TERKIAL-KIAL...

Dalam hidup mesti ada sumbangan untuk ISLAM.. kalau tak banyak pun, sikit.. kalau tak tenaga, sumbangkan sedikit harta..
Ade oarang tanya kalau doa je tak boleh ke.. bukan tak boleh.. tp, itu perkara yang semestinya kita buat...

Pernah tengok tak cerita LASKAR PELANGI?? Ustaz kat dalam tu pesan, HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA.
BUKAN UNTUK MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA.Sangat mendalam maksudnya bagi orang yang mengerti..Kita tengok cerita, ambil lah pengajaran darinya dan sampaikan kepada masyarakat. Walaupun sekecil perkara pun. Ni pun kira sumbangan juga. Bukan tengok cerita, bila sedih.. menangis.Bila lucu ketawa. Habis tengok cerita, tak de apa-apa. Kalau ada pengajaran pun, pakai sorang-sorang.


Ingat, kalau kita lupa, tak kan dapat apa-apa. Tapi kalau kita sampaikan kat orang, orang akan guna.. kita
akan dapat pahala selagi mana orang tu guna. Mudah bukankan?? Nampak entri kali ni berlainan dari yang lain kan?? Saja nak ubah sikit cara, ikut mood. Semua orang berhak bagi pendapat selagi tak bercanggah dengan syariat..terpulang dengan ayat macammana dia nak guna..Dan apa yang ditulis di blog ini adalah pendapat pemilik blog..

Mogok lapar desak bubar DUN Perak 0

Ummu Khaulah | 5/25/2009 11:28:00 AM |

Pagi yang hening, ditambah pula dengan keadaan sedikit sejuk, walaupun musim panas telah berganti namun diri ini tetap seperti insan lain disini. Mengantuk.. tetapi perasaan tu tak boleh dikutkan sangat. Kalau di rumah, tidur diwaktu begini pasti abah n ma marah, lagipun yang peliknya di Malaysia tidak lah mengantuk sangat seperti disini. Mungkin tugas-tugas harian di rumah, ditambahpula dengan suara adik-adik yang tidak pernah sunyi buat diri tidak pernah rasa mengantuk selepas menunaikan solat subuh. tup..tap.. tup.. tap.. apalagi on pc la. pegang mouse click sana click sini... buka blog sahabat-sahabat dan baca entri-entri terbaru daripada mereka..

Erm.. peperiksaan kian hampir, namun isu semasa dalam negara dan luar negara tidak boleh dibiarkan seolah tiada apa-apa yang berlaku, sebagai mahasiswa yang berfikiran terbuka tidak harus hanya menumpu pada pelajaran semata-mata tanpa mengambil peduli apa yang sedang berlaku pada hari ini. Sewajarnya ihtimam pada berita-berita terkini. Mahasiswa bukan golongan yang hanya menerima tetapi sebaliknya sering mencari. Mencari di mana kebenaran yang hakiki. Justeru itu, sebagai seorang mahasiswa, walau dimana mana pun berada, apa yang berlaku pada hari ini harus diketahui. Penat mengulangkaji, berhadapan dengan kitab-kitab.. rehat sebentar sajikan diri dengan berita terkini. Tak rugi pun kalau baca berita, lebih rugi kalau tengok cerita..

Aduihh.. kes Perak lagi, masih tak selesai.. bukan mengeluh tetapi geram. Kenapa la tak buat pilihanraya semula? Kan lebih baik macam tu. Tapi macam yang kita tahu, UMNO PENAKUT.. takut hadapi kenyataan.. takut kalah.. takut malu... Bila rasa diri dah berkuasa lupa pada yang MAHA BERKUASA.. bila rasa diri hebat lupa pada yang MAHA HEBAT.. Astaghfirullah..bila fikir-fikir balik, negara kita bukan lagi demokrasi tapi macam KUKU BESI.. Mereka berhak buat apa sahaja tanpa mempedulikan suara rakyat. Dimana keadilan??? Entah sampai bila mereka begini. Mogok lapar seperti yang disarankan, harapnya dapat membuka mata mereka. Mencelikkan mata yang buta dari KEBENARAN..


 
srikandi islam Copyright © 2010 Afaf Theme is Designed by Afiqahafaf Home | RSS Feed | Comment RSS